Seringkali kita mendengar pesan para ustaz-ustaz, naqib, naqibah, agamawan- agamawan tentang bahaya sekularisma di siri kuliah kuliah, usrah usrah yang dianjurkan oleh masjid masjid,surau-surau mahupun forum berbentuk keagamaan.
Setiap kali menyentuh bab sekularisma, mulut mereka akan petah berbicara mengenai kaitan sekularisma dengan sejarah Khalifah Uthmaniyah yang digulingkan Kamal Attartuk. Erti Sekularisma bagi golongan-golongan ustaz,naqib,naqibah dan agamawan adalah dengan merujuk kepada tindakan Kamal Attartuk terhadap agama - menghalang pembelajaran pendidikan islam di institusi-institusi pendidikan di Turki, pengalihan bahasa arab ke bahasa turki ketika azan selain dasar "Westernize" yang diperkenalkan Attartuk setelah kejatuhan Khalifah Uthmaniyah. Asas pemerintahan baru Attartuk lantas mengkambus dasar-dasar pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah dan sejak itu, sistem khalifah lenyap, tidak kembali-kembali.
Sekularisma yang diajarkan kepada kita membawa penjelasan kepada sistem pemerintahan yang berbasiskan "politik suku, agama suku". Garis asas sekularisma membawa erti pengasingan aplikasi aplikasi agama dalam struktur pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara.

Sekularisma dalam konteks sebeginilah yang menjadi kefahaman khususnya bagi gerakan-gerakan politikal islam untuk mengambil sikap tidak bertoleransi dan tegas untuk tidak berkrompomi dengan mana mana individu, parti politik atau negara yang berprinsip sekular.
Andai sekularisma hanya dilihat dari skop "politik suku, agama suku " atau mengasingkan agama dalam aktiviti aktiviti harian dalam kehidupan seperti berpolitik, sosial, ekonomi dan sebagainya, umat Islam terutama Melayu Islam perlu duduk seketika dan beristighfar sebanyak mungkin.
Ini kerana, sejak berkurun lamanya, Melayu Islam di Malaysia tanpa menyedari, sudah berkurun lama mengaplikasi sekularisma dalam kehidupan seharian mereka.
Rasuah dan Ketirisan
Saban tahun, Jabatan Audit akan membentangkan laporan tahunan audit yang melibatkan audit terhadap belanjawan negara dan peruntukan dana yang diberi kepada kementerian kementerian. Dan setiap kali itulah, kita dihebohkan dengan ketirisan demi ketirisan, pembaziran yang meraksa dalam urusan tadbir pemerintah. Kita pernah dilaporkan bahawa ketirisan dana awam sebanyak 28 billion pernah terjadi pada 2,3 tahun yang lalu.
Walaupun jumlah 28 billion itu tidak dilaporkan secara terperinci dalam laporan Audit Negara, wajib kita tahu bahawasanya terdapat banyak ketirisan berlaku dalam soal pembelian pada harga yang melampau dan pembaziran yang meresahkan serta kerugian yang disebabkan kelemahan pengurusan yang dikesan semasa proses audit.
Kita tidak seharusnya lupa tentang kes kerugian RM.1.14 billion akibat kebodohan pemerintah dalam mengurus tadbir projek landasan keretapi Rawang-Ipoh. Kita juga jangan buat-buat terpinga bilamana kerajaan menggunakan wang kita (pembayar cukai) sebanyak RM500 juta bagi menampung kerugiaan selepas melabur di dalam syarikat Columbia Aircarft Manufacturing Corp.
Itu belum lagi kita beri tumpuan kepada bagaimana kementerian kementerian berbelanja dengan peruntukan yang mereka perolehi. Sebagai contoh, Kementerian Belia dan Sukan pernah ditegur Jabatan Audit diatas pembelian merepek mereka termasuklah set alat pemutar skru pada harga RM 224 seunit, satu jek kereta berharga RM5,700 dan seunit kamera digital berharga RM8,254. Sedangkan harga pasaran bagi item-item tersebut hanyalah pada harga RM 40, RM 50 dan RM 2,990.
Bukankah ini yang dinamakan sebagai rasuah dan penyelewengan ke atas dana awam? Kenapa kita sebagai pembayar cukai membiarkan sahaja laporan sejenis ini terus dilaporkan sedang tiada tindakan yang adil diperlakukan kepada mereka-mereka yang meratah duit-duit rakyat seperti harta mereka sendiri? Kenapa Melayu Islam khususnya mereka-mereka yang bergerak aktif dalam gerakan politikal berlandaskan agama tidak bersungguh sungguh membawa isu seperti ini ke depan seterusnya menghumban mereka-mereka yang bertanggungjawab?
Laporan akan tetap terus dilaporkan. Ketirisan dan penyelewangan akan terus berlaku. Rasuah beranak pinak dari peringkat bawahan "duit kopi" sehinggalah ke peringkat tertinggi yang memakan amaun berbillion. Namun sampai ke hari ini, penyangak-penyangak yang melingkupkan duit rakyat masih bebas terkenyangkan duit haram.
Risalah yang dibawa manusia mulia, Muhammad saw bukan setakat mengecam perilaku sebegini, malah perlawanan terhadap korupsi, penyelewengan dan rasuah akan sentiasa bersinar-sinar, menjadi prioriti utama kerana ia melibatkan kepentingan awam dan keadilan sejagat.
Membiarkan korupsi, rasuah dan penyelewengan adalah contoh mengasingkan praktis-praktis agama dalam aktiviti kehidupan. Bukankah ini "sekularisma" seperti yang kita fahamkan?
Pelacuran, Gelandangan, Kemiskinan dan Anak-Anak Jalanan
Jika kita masih menganggap kemiskinan adalah berpunca dari kemalasan, maka kita masih lagi hidup dalam mimpi indah ciptaan kaum pemodal yang sering sibuk hal keuntungan meski menggunakan jalan penindasan. Kita tidak lebih bertindak sebagai hamba-hamba mereka untuk terus merancakkan aksi merompak, merobek dan menjahanamkan apa yang kita sebut sebagai keadilan sosial.
Kemisikinan perlu dilihat dari pelbagai segi,misalnya dari sistem yang dibawa pemerintah dalam mengurus tadbir ekonomi. Jika harta publik diberi seterusnya didominasi oleh kelompok kecil yang mempunyai modal dan kuasa, maka hantu hantu kemiskinan akan mula berkeliaran. Dan kalau ekonomi yang diuruskan menghasilkan kelas-kelas tertentu,zaman perhambaan akan mula tumbuh subur.
Kerana kemiskinan itu virus. Penyakit yang membawa golongan golongan yang tertindas untuk menjual maruah diri demi sepinggan nasi, tidur di jalanan tanpa selimut dan anak anak yang terpenjara lemah tidak bertenaga untuk membebaskan diri dari cengkaman mutant kemiskinan.
Kita semacam tidak peduli,kerana bagi kita mereka yang miskin adalah golongan yang malas dan tidak berusaha. Bagi kita, perempuan-perempuan yang melacur sengaja mengambil jalan pintas untuk hidup selesa. Manusia-manusia yang bergelandangan pula terlalu berharap pada NGO-NGO yang datang menghulurkan makanan dan keperluan asas. Kita melihat mereka tidak cergas untuk keluar mencari tempat tinggal yang lebih baik.
Itu anggapan biasa kita. Dan kita sudah melepas diri dari tanggungjawab pada sosial.
Tanya diri kita sendiri, apakah kita sudah menjejak kaki kita ke lorong-lorong atau ke bawah jambatan untuk melihat dan mendalami apa yang mereka rasakan? Adakah kita sudah berhempas pulas mengkaji faktor manakah yang membuatkan golongan seperti ini wujud dan semakin ramai dari mereka yang terdesak untuk mencari jalan dengan menjual diri? Atau sudah banyakkah plan-plan yang kita sediakan untuk membawa anak-anak di jalanan untuk keluar berlari dari kemelut kemiskinan dengan menyediakan peluang-peluang yang selayaknya mereka perolehi? Mungkin paling kurang, kita sudah mendesak pihak berwajib untuk bertindak ?
Mahu atau tidak kita kena mengakui yang kita bukan seperti Umar Al-Khattab yang mengaku mahu membunuh kemiskinan jika kemiskinan itu seorang manusia. Kerana kemiskinan, ketidakadilan serta penindasanlah yang membuatkan wanita itu melambai-lambai ke arah kita di lorong, anak-anaknya tidur dibawah jambatan dan saudara maranya yang katilnya adalah simen sejuk jalanan.
Kita mungkin tidak membaca yang peratusan pelacuran di negara skandinavia sudah menghampiri tahap minimal. Kita mungkin tidak tahu yang 80 peratus dari penduduk skandinavia adalah golongan agnostik/atheist. Kita mungkin tak perasan yang mereka menganggap maruah wanita adalah jauh lebih bernilai dari nilai wang. Dan mungkin kita kehairanan mengapa, mereka membela pelacur-pelacur dengan mengenakan hukuman yang berat buat yang melanggani serta menyediakan peluang yang lebih baik buat wanita-wanita yang melacur untuk menjalani kehidupan,pekerjaan yang lebih baik seterusnya keluar dari kemelut kesusahan.
Semangat militan untuk membasmi kemiskinan tidak membara dalam Melayu Islam. Mungkin kita lebih suka menghadiri malam selawat perdana dari mengambil semangat revolusioner agama bawaan para nabi-nabi. Atau bagi kita, tanggungjawab seperti itu tidak penting - kerja-kerja dunia tidak mungkin mencerahkan peluang untuk menghuni syurga?
Institusi Keagamaan Yang Diperkudakan
Sejak inistitusi agama diletak bawah kendalian kerajaan yang memerintah,agamwan-agamawan,para alim ulama dan pegawai pegawai kerajaan mempunyai hidup yang senang. Gaji bulanan yang tetap, insentif dan pelbagai elaun yang disediakan, urusan membeli rumah yang mudah telah menyebabkan hidup mereka jauh dari peranan-peranan yang sebetulnya.
Maka tidak hairanlah jika tidur kita didalam masjid ketika khutbah jumaat dikejutkan dengan pesan pak khatib yang mengatakan cukai GST selaras dengan Islam. Ataupun berbuih fatwa yang dikeluarkan untuk mengharamkan tindakan pada para demonstran yang turun ke jalan raya bagi menuntut pilihan raya yang bebas pada siri demonstrasi Bersih yang lalu.
Institusi agama hanya menjalankan 'kerja-kerja biasa' dengan menyediakan kelas kelas umrah/haji, mengeluarkan fatwa instant untuk membenarkan dasar-dasar kerajaan, berkelahi isu anjing,babi, maulid nabi dan tidak lupa juga menjaga 'martabat' sultan/raja dan juga orang melayu.
Bukan bertujuan untuk memandang rendah terhadap kerja-kerja mereka, tetapi biarlah kerja-kerja Islam ini dilihat subur, dikerjakan pada setiap sudut bukannya dilihat berkeliaran pada isu-isu yang sama.
Hampir tidak ada langsung, gesaan ulama,para ustaz/ustazah dan pegawai agama dalam menegur perlaksanaan kerajaan, pemborosan, salah guna kuasa dan korupsi para pak menteri dan ahli politik yang sememangnya mengikut suka hati mereka dalam menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin.
Pernah dengar pak-pak mufti bersuara akan ketirisan dan masalah rasuah?
Pernah membaca berita akan solusi mereka tentang masalah bankrupsi dikalangan masyarakat yang membimbangkan?
Atau paling kurang keluar menjadi saf utama turun bertemu dengan mereka mereka yang tinggal di dalam pondok buruk?
Jika difikirkan, bagaimana mungkin mereka melawan hegemoni pemerintah sekiranya rumah yang mereka diami disediakan kerajaan, gaji bulanan yang dikredit terus dalam akaun masing-masing setiap bulan serta bonus tahunan yang ditunggu-tunggu untuk dijoli bersama anak bini?
Seakan tidak ikhlas mengaitkan dengan apa yang berlaku melibatkan institusi agama dengan praktis praktis bawaan nabi. Agama ditonjolkan dengan hal-hal yang berkaitan ibadah fisikal semata mata tetapi tidak merevolusi pada setiap inci kehidupan.
M.Subkhan Anshori, di awal muka surat makalahnya yang bertajuk Tasawuf dan Revolusi Sosial menulis,
"Pada hakikatnya,agama datang tidak untuk mendukung penindasan. Kemunculan agama-agama adalah untuk merevolusi kondisi sosial agar menjadi lebih baik. Tidak ada kehadiran seorang nabi pun selain membawa semangat seperti itu. Maka wajar jika tidak ada seorang nabi pun yang tidak bermusuhan dengan status quo. Namun demikian, pada perkembangannya, agama tidak selamanya memfungsikan peran revolusionernya itu. Setelah kematian para nabi, karena tuntutan kondisi sosial yang ada, sebagian penafsiran terhadap ajaran para nabi itu justru telah menjauhkan semangat revolusioner dalam agama yang ia bawa".
Jangan risau. Usah gelisah. Tulisan murahan ini tidak ditaja sesiapa. Tulisan ini tidak bertujuan untuk mensekularkan mana-mana individu, malah tidak berniat untuk menggoncang akidah mahupun memurtadkan pembaca.
Sebetulnya, kita wajib merasa tertekan dengan sikap sombong yang kita pamerkan sebagai manusia yang kononnya mendokong risalah bawaan manusia termulia, Muhammad saw namun masih gagal menyambung peran-peran yang pernah ditunjukkannya.
Di perenggan terakhir ini, yang sebenarnya perlu dibimbangkan ialah bukan sekular atau tidak, tetapi jenama agama atau nama tuhan yang diguna gunakan oleh manusia-manusia yang gilakan kuasa menghalalkan tindakannya ditambah skop "Islam" bawaan mereka yang suku-suku.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak