".... Seringkali , kaum miskin yang paling merasakan dampaknya."
Buanglah perasaan bangga atau perasaan " hei, hang tengoklah, sekarang Utusan Melayu pun dah mula melaporkan kes bauksit di Kuantan. Itu kan sudah bagus!"
Ini semua rencana membantutkan kesedaran. Menyebar risalah palsu pada masyarakat kononnya mereka peduli kepada kelas masyarakat biasa yang seringkali terkesan dengan kebrutalan fasis korporat, pemerintah dan dajal-dajal kapitalis yang kini mahukan wajah mereka terbentuk cahaya manusiawi.
Hari Ahad lepas, kita boleh baca ramai pakcik-makcik, abang-kakak di Kuantan mengeluh, bersedih hati dengan air laut yang bertukar warna ( kata Menteri Besar Bebal, itu kesan sireh), kereta yang kerapkali kena basuh disebabkan habuk/pasir, lori-lori yang keluar masuk menyebabkan eksiden dan seribu satu masalah kebajikan.
Memang benar, walaupun jalan raya sudah menjadi kotor kerana kecelakaan galian bauksit yang meraja ; menyebabkan kemarahan masyarakat Kuantan, kita perlukan lebih dari itu untuk menambah kemarahan, mencetus so called "pemberontakan" dari perancangan terancang dari semua kelas masyarakat untuk menenggelamkan kemaraan fasis korporat dari terus menerus merobek kekayaan sedangkan masa depan masyarakat dikorbankan dengan awan-awan hitam, nasib planet bumi yang dijahanamkan untuk sekian kali.
Pernyatanan-pernyataan muluk-muluk seperti "membangun ekonomi kawasan setempat" mesti dibunuh!
Lebih dari itu, kita mesti sentiasa menyuburkan kesedaran-demi kesedaran supaya masalah seperti bauksit dan berjuta lagi projek-projek yang dikepalai dajal kapitalis dikalahkan.
Masalah bauksit bukan sekadar berlegar seperti jalan raya kotor, tak daya membasuh kereta berdebu setiap kali meronda di jalanraya. Kita wajib mengetahui, dosa perlombongan bauksit paling besar ialah merosakkan alam semula jadi yakni tempat pergantungan masyarakat setempat.
Air laut yang bertukar menjadi merah ; tidakkah ianya akan mengancam ikan,rumpai laut, dan ribuan hidupan air? Bagaimana nasib manusia-manusia yang mengharapkan rezeki dari mencari hasil sungai/laut? Bukankah mereka akan terjejas? Tidakkah sumber air bersih dan percuma tidak dapat dinikmati lagi?
Bagaimana pula kondisi udara yang kita sedut? Adakah ianya masih selamat? Atau kita sudah bersedia untuk menjadi seperti rakyat China yang terpaksa membeli alat untuk mendapatkan udara bersih? Maka berlumbalah kita sekali lagi merebut barang-barang jualan bangsa pemodal kononnya mencipta alternatif sebagai solusi kepada konidisi sekarang yang teruk yang sebelumnya mereka sendiri kerjakan?
Paling utama, sedarkah kelas masyarakat/pekerja kesan kemusnahan alam kepada planet bumi? Apa kesannya kepada dunia yang kita diami secara percuma ini? Sanggupkah masyarakat membiarkan 'kiamat' seperti ini berlaku sedangkan mereka yang berakidahkan kapital tersenyum puas menggondol masa depan generasi yang akan datang?
Kemusnahan alam bukanlah satu anugerah walaupun mereka,orang orang beragamakan keuntungan selalu berpesan-pesan kepada kita bahawasanya , " pembangunan dan kemajuan akan memodenkan tamadun ulung buat seluruh manusia".
Di akhirnya, masyarakat majoriti dan kaum miskinlah bertemu ajal paling awal, menjadi mangsa korban pesan-pesan arus kemajuan.
Seperti di akhir kata filem animasi pendek yang diterbitkan International Climate Initiative (ICI) of the Federal Ministry for the Environment, Nature Conservation and Nuclear Safety (BMU) pada 21 November 2012, (ada versi bahasa indonesia ) "Kita sudah banyak tahu tentang Perubahan Iklim. Ini saatnya mengambil Keputusan!"
Ini saatnya memberhentikan terus perlombongan Bauksit. Ini saatnya kamu, aku dan semua bersikap vulgar kepada pemusnahan alam dan bersama berusaha ke arah dunia yang lebih baik.
* menjemput kalian untuk bersama menonton filem animasi pendek ICI bagi merancakkan kesedaran kepentingan membendung "climate change". Anggap filem pendek kini sebagai batu loncatan untuk terus belajar dan seterusnya memberi kesedaran buat masyarakat sekeliling.
https://www.youtube.com/watch?v=yNLqo-pbxs0

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak