Sabtu, 13 Februari 2016

RAKSASA BIMBANG

Terlalu banyak kebimbangan yang menggigit. 
Kalau dihitung beratnya, maka binasalah alat timbangan itu.

Sering aku berdoa agar tahun baru yang datang memberi penyelesaian kepada setiap kecelakaan yang berpaut pada urat urat jiwa. Dan setiap kali itu jugalah aku hanya mampu menunggu. Menunggu jatuhnya buah dari pohon untuk diberi makan kepada kerakusan masalah masalah yang lapar menggila.

Bertangguh aku untuk mencapai telefon bimbit dan dial nombor orang yang besarkan aku. Dulu, aku tak bertangguh. Sejak kerosakan meraja di atas ketidaktelusan hati dan tergopoh gopoh memenuhi nafsu, aku tidak lagi merasakan "warm" bila wayar telekomunikasi menghubungkan kami berdua.

Segalanya kebas, ada masa merasa kebas dan selalunya huru hara. 
Meracau dan tidak tenang.

Tuhan, 
Aku tahu ketenteraman, perlindungan itu datang walau tidak disedari.
Aku mohon ia datang selepas segalanya habis dibawa ombak besar. 
Kerana aku tahu, hanya Kamu saja yang mampu meruntuhkan ketegangan dan kebimbangan menggila bertahun ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak