Sabtu, 30 April 2016

LEGASI HAYMARKET YANG MESTI DITERUSKAN.

Mayday tak berapa hari lagi.

Aku sangat yakin pemuda yang bekerja sebagai "jaga" di bangunan tempat aku bekerja takkan menyambutnya. Kerana dia bertugas pada malam sebelum Mayday dan keesokkan pagi apabila selesai, dia akan berniaga pula sehingga pukul 4 petang sebelum melalui rutin yang sama sebagai jaga pada jam 7 petang setiap hari.

Aku juga yakin pekerja restoran beroperasi 24 jam, seperti mana yang kita tahu, kebanyakkannya terdiri dari pekerja asing  tidak akan bercuti pada 1 may. Mereka sentiasa disibukkan melayani pelanggan untuk berbelas belas jam lamanya demi keuntungan besar orang lain. 

Yang lain-lain pun hampir pasti sama. 

buruh binaan, pekerja kilang, pemandu teksi, pemandu lori, pemandu bas, peladang, petani, nelayan, pekerja lombong, pegawai keselamatan, pekerja bank berpangkat kerani/pegawai, kaum guru, pekerja di sektor perindustrian, pekerja syarikat penerbangan, tanyalah golongan siapa-siapa pun, 

Mungkin hampir kebanyakkannya bercuti, tetapi mereka tidak merayakan 1 may.  
Percayalah, Hari buruh ialah hari untuk bangun lewat dari kebiasaan, mengganti jam tidur  yang tertunggak kerana berpagi pagian memenuhi kehendak sistem.
Mereka langsung tidak ada idea mengapa 1 May harus disambut, keperluan mengingatinya jauh sekali berorganisasi bersama kaum pekeja lain merancang pelan pelan sebagai alternatif  kepada sistem ekonomi/sosial yang sedia ada.

Mengapa begitu?
Bukankah  Mayday ini hari mereka?
Bukankah Mayday ini diingati sejak 1886 tatkala nenek moyang mereka berbantah di HayMarket sehingga banyak nyawa diangkat ke langit untuk tuntutan kerja yang lebih baik? Bukankah Mayday ini bukan hanya disambut, malah lebih dari itu - menyambung legasi melawan kebrutalan kapitalisma?

Bab pertama kitab The Communist Manifesto (Bourgeois and Proletarians) membincangkan,

Modern industry has converted the little workshop of the patriarchal master into the great factory of the industrial capitalist. Masses of laborers, crowded into the factory, are organized like soldiers. As privates of the industrial army they are placed under the command of a perfect hierarchy of officers and sergeants. Not only are they slaves of the bourgeois class, and of the bourgeois  state ; they are daily and hourly enslaved by the machine, by the overlooker, and above all, by the individual bourgeois manufacturer himself.

Kelas borjuis seperti yang didefinasikan sebagai the class of modern capitalists, owners of the means of social production and employers of wage labour menganggap kelas pekerja/proletariat (the class of modern wage labour who,having no means of production of their own, are reduced to selling their laborers power in order to live) sebagai mesin menjana keuntungan. Mereka (kelas pekerja) disibukkan untuk memenuhi kitaran hidup tataan kapitalisma mengelakkan otak mereka dari berfikir. Disebabkan itu, ramai kaum pekerja masih mamai kecanduan diperbudak kapitalis. Disebabkan itu kaum pekerja tidak sedar yang mereka ada kuasa untuk membuat perubahan. 

Kalau mereka (pekerja yang disebut diatas) tidak menyambut 1 may kerana "disibukkan" dikerah borjuis kapitalis, jadi siapa sebenarnya yang turun ke jalanraya?

Kelas pekerja mesti bingkas bangun. Hari pekerja bukan diingati sebagai drama sejarah perjuangan pekerja di Haymarket menuntut 8jam bekerja tetapi sebagai sebuah harapan besar untuk memperjuangkan dunia yang lebih baik. 

Usaha usaha melawan ketamakkan kapitalisma yang menyebabkan kesusahan dan beban yang dipikul rakyat mesti terus disuburkan. Kaum proletariat mesti bertanggungjawab untuk memberi kesedaran, memandaikan antara satu sama lain. 

Marx tidak menulis kitab kitabnya "suka-suka". Walaupun tulisannya sebahagian besar dituju kepada kaum buruh, kaum petani, Marx menggunakan bahasa bahasa tinggi, beraroma intelektual kerana hasratnya untuk memandaikan kaum proletariat. 

Intelektualisma itu sendiri mesti digerakkan dari kalangan proletariat. Perlawanan tidak semestinya diukur sebagai radikal dengan cara merusuh semata, ia juga dijalankan dengan aturan stratergi , pelan dan mesej serta idea yang jelas. 

Kita sebagai kelas pekerja mesti bersatu, merancang berorganisasi untuk mencabar status quo. Kita tidak boleh lagi dikalahkan dengan sentimen perkauman, bangsa, agama atau ras seperti yang selalu digunakan kapitalis borjuis untuk memecahbelahkan kita.

Tetapi kapitalisma jajaan borjuis tidak boleh ditumpaskan jika dilawan dalam peringkat nasional. Mana mungkin satu sistem yang sudah bersifat gergasi, menakluki setiap penjuru dunia, menguasai ekonomi, sosial dan politik dicabar dengan skala yang kecil. 
Kita-kaum proletariat mesti yakin, sejajar kebesaran kapitalisma, semangat internasionalisma  mesti didukungi untuk menumbangkan keangkuhan sebuah sistem barbarik.

Hari kejatuhan sebuah sistem yang mengkiblatkan keuntungan dengan berbuat zalim pasti akan tiba. Seperti yang ditulis di akhir perenggan kitab The Communist Manifesto, Karl Marx dan rakan baiknya Friedrich Engels meninggalkan pesan kepada kita "Let the ruling classes tremble at a communism revolution. The proletarians have nothing to lose but their chains. They have a world to win!

Dunia yang lebih adil, saksama bukanlah utopia, kecuali jika minit minit sekarang tidak diguna sebaiknya kelas pekerja/proletariat untuk bersedar, melangkah ke medan juang dengan cita cita meruntuhkan hegemoni borjuis kapitalis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak