Rabu, 11 Mei 2016

Orang kata, kita menjadi lebih kuat apabila ada seseorang menemani di sisi.
Saat ini, aku berada di daerah asing bersama pari pari polka dot. Baru lepas roadtrip, kereta Ford lama yang kami sewa untuk dua hari, kami pandu dari Bayswater ke Caversham ke East Perth melalui Reid Highway dan bermacam macam daerah kecil, kawasan sub-urban kami tempuhi.

Empat tahun sudah, pari lari polka dot telefon aku dan tanya samada mahu kembara ke UK? Tiket airasia tengah murah katanya. 

Aku tak pernah terfikir untuk keliar mengembara. Apalagi ke negara luar. Aku ialah pemuda yang tak berfikiran jauh satu ketika dulu, takut mencuba, sentiasa memberi alasan duit sebagai penghalang dan terlalu selesa dengan zon yang ada.

Tidaklah nak cakap aku yang sekarang seorang yang sangat dan terlampau 'adventure'. 

Tetapi panggilan telefon dari pejabat pari pari polka dot empat tahun sudah sedikit sebanyak merubah aku. Aku suka mengembara, berkenalan dengan orang baru, suka duduk di negeri asing dan selalu merancang perjalanan ke tempat baru. 

Ini semua aku lakukan kerana aku ada pari pari polka dot. 
Dia akan menemani aku, bukan hanya di rumah kecil kami, tetapi juga dia akan berada di sebelah aku ketika berjalan berkilo meter bersama backpack dan beg berisi makanan ketika mencari rumah tumpangan, ketika menyusuri lorong lorong yang diconteng mural dan grafiti pelik-pelik dan juga menunggu bas percuma untuk dibawa ke pekan besar.

Hari ini 11 may 2016, sehari selepas hari jadi Pari pari polka dot. Kami masih mengembara bersama. Baru sampai ke rumah tumpangan pemuda baik bernama Chris. 

Selamat hari jadi pari pari. Kamu tidak berumur, kamu tumbuh untuk sentiasa menyinari aku dan si kecil banyak mulut, sang quds.

East pert.
11may2016
912 malam,




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak