Jumaat, 1 Julai 2016

UNTUK LIYANA

Tak usah ambik yang jauh-jauh. Ambik yang dekat dekat sudah, misalnya komuniti masyarakat yang tinggal di PPRT atau kawasan perumahan kos rendah. Pergi dan berkenalanlah dengan depa. Ambil tahu keadaan depa, dengarlah cerita kehidupan depa, perit jerih, suka-duka, susah payah, bagaimana depa semua melawan setiap detik kehidupan. 

Lepas tu bandingkan kehidupan depa dan kehidupan kita
Kalau kehidupan kita dan depa dibukukan, buku mana yang lebih tebal, lebih sarat dengan ceritera-ceritera realiti? Buku kita atau buku depa?

Aku kenal Liyana tidaklah lama. Baru 4 bulan kalau tak silap. Itupun bukannya selalu berborak. Liyana baru berusia sembilan belas tahun. Rajin bekerja. Positif, disiplin dan apabila mendengar nasihat perihal urusan kerja, bagaimana nak urus itu,ini, dia akan ikut. Kadang kadang dia akan bertanya lebih, cuba untuk lebih memahami. 

Senang cerita Liyana ni budak baiklah. Tak mengada ngada macam sesetengah budak Subang yang baru habis SPM ronda sana sini kenal dunia kat Zouk.

Walau baru sembilan belas tahun, di bahu Liyana ada segunung beban yang dipikul. Aku pernah tanya dia, "takmahu sambung study ke"? Liyana bilang, dia lebih suka bekerja. Memang rancangannya lepas SPM nak terus kerja. Dia tak terfikir pun untuk menyambung pengajian macam rakan rakan sebaya hat lain. Itu dia sendiri yang kata.

Aku tak ambil pot lepas dengar jawapan dia. Tapi entah mengapa aku bertanya lagi, "takkan takmau sambung study?" 

"Taknaklah. Saya takmau menyusahkan ayah. Saya nak tolong dia dan adik adik yang lain. Diorang masih kecik. Yang bongsu baru 3 tahun. Saya ada enam adik beradik, saya yang sulung. Sebelum ni saya dah kerja macam-macam. Pernah kerja di kedai roti, bertahan setahun saja sebab gaji selalu lambat masuk. Lambatnya bukan sehari, sampai dah dua bulan baru masuk itupun gaji bulan lepas. Itupun majikan bayar separuh separuh. Saya berhenti sebab susah la macam tu, macam mana nak tolong ayah dan adik-adik."

Liyana duduk kat mana? 
Dia jawab-  di PPRT.

Aku tak pernah pergi rumah Liyana. Tapi bila dia jawab PPRT, ada enam adik beradik, kerja sebab nak tolong ayah, aku tahu depa juga antara orang orang yang Tuhan sayang.

Rumah PPRT ni besar mana berow? Boleh ke 8 orang duduk dalam satu rumah yang ya, - memang kecik? Masa hang sewa rumah ramai ramai dengan member pun hang dah rasa macam nak pecah kepala, bayangkan ada banyak lagi unit keluarga yang terpaksa tinggal berhimpit himpit dalam rumah pangsa dan rumah kos rendah sekian lama.

Aku bukan nak karang cerita sedih. Aku tak harapkan hang menangis teresak esak lepas baca ni. Cerita Liyana ni biasa saja. Dah banyak sangat kisah macam ni. Aku pun bukannya tahu semua pasal Liyana, tapi bila melihatkan kesanggupannya melepaskan cita cita remaja seusianya, pasti ada sesuatu yang mendorongnya keluar bertarung di pentas kehidupan sebenar. 

Aku, hang dan Liyana mungkin lagi bernasib baik. Paling tidak, masih ada makanan untuk dijamah, masih ada pakaian untuk dipakai. Ada lagi yang lebih mengharukan Anak anak yang terpaksa berhenti sekolah kerana desakan hidup, terpaksa membantu ayah ibu berniaga tatkala kawan-kawan sibuk bermain, mengurus, melayan adik adik di rumah, ada yang menghabiskan usia remaja dengan membuat kerja kerja berat, bekerja siang malam untuk menyara keluarga. Tinggal pula bersesak sesak dalam rumah paling kecil.

Hakikatnya, masalah begini bukannya semua boleh selesai dengan duit. Pusat Zakat, Harussani, Jamil Khir, Hadi Awang, geng Yahanana -  pun tak boleh mencipta penyelesaian. Mahathir? Naif sangatlah kalau hang masih berdoa dia nak selamatkan ummat.

Yang jelas, ini bukan soal siapa si miskin pemalas atau si kaya yang  kuat bekerja. 

Ini soal sistem ; tataan cara hidup, sosial-ekonomi yang tidak manusiawi, yang berat sebelah, yang tidak menyokong kesamarataan. Ini juga soal pengurusan, jurang kaya-miskin yang begitu meluas, yang punya wang akan sentiasa memperoleh peluang, yang berkurang terpaksa bersaing sesama sendiri dalam landasan yang tersangat getir.

Maaflah aku kisahkan hal 'dunia' di malam ramdhan yang berbaki 5 hari.
Bukannya apa, cuma terfikir, bagaimana kita tergamak tidur terlentang berdengkur di saat terlalu ramai yang yang bernyawa dalam kesesakan, terhimpit-himpit dalam rumah, sedang di Jalan Duta, Istananya terdapat sejumlah bilik bilik luas yang kosong?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak