Ada apa dengan marah?
Bukankah rasa marah suatu anugerah?
Bukankah marah itu begitu intim dengan darah muda?
Jadi apa salahnya marah?
Ini bukan marah yang kita marahkan kepada pekerja imigran di restoran 24jam ketika mereka tersalah hantar makanan yang kita pesan. Ini juga bukannya marah apabila parkir kereta kita diambil orang lain. Malah yang kita sedang bincangkan, bukan marah yang membabi buta, kebencian, rasa jijik, meluat, dendam terhadap sesetengah kaum kononnya sedang menoreh hak, memijak maruah, melempar sisa nista kepada kita.
Kerana marah adalah suatu anugerah, ia adalah ancaman kepada korupsi. Ancaman kepada semua kebatilan. Marah yang sedang kita tiupkan baranya mampu mencabar keangkuhan diktator, bersedia melawan rasuah, berdiri kukuh di atas saf kebenaran/keadilan, menolak segala iblis fasisme, rasisme, ketamakkan.
Mengapa sikap marah sebegini dipandang sepi?
Kita marahkan pihak masjid kerana mereka hanya merasa surgawi ketika mereka berforum sakan hal Syria tetapi perempuan-perempuan yang tidur bersama anak kecil di luar pagar masjid mereka tidak kisahkan. Kita marahkan agamawan kerana jari jemari mereka rapatkan untuk mendoakan kesejahteraan elitis, monarki yang lapang terkangkang atas katil bertakhta emas. Kita marahkan politikus kerana sikap rasuah, birokrasi tetapi mesra kepada kuasa pemodal dan mereka jahanamkan kita sebagai hamba abdi dunia baru. Kita marahkan harga barang naik , kos rumah yang menggila, tol-highway-pengangkutan awam yang tak berfungsi tetapi tak pula gagal dalam merobek dompet kita. Kita marahkan apabila hutan simpan, pokok, bukit-gunung diratakan, laut yang dirobek hasil minyaknya untuk memboroikan korporasi besar. Kita marahkan kiblat sistem yang merajakan yang kaya mencelakakan kelas pekerja.
Tetapi marah begini senang sekali dipadamkan. Ayat-ayat berlapikkan agama seringkali membantutkan marah yang baru dinyalakan. Soalnya benarkah agama tidak membenarkan marah kepada ketidakadilan? Hinggakan urusan begini kita tinggalkan kerana takutkan dosa "memfitnah".
Lucunya urusan besar melibatkan hal ekonomi, sosial, masyarakat kita simpan kemas dalam guni, tetapi urusan skrit pendek Selena Gomez, peluk memeluk antara Usher-Yuna, urusan bacaan doa qunut, urusan peribadi anutan agama seseorang kita kelihatan sangat-sangat galak.
Mungkin hal begitu kita lihat dapat lihat jelas dan berbangga betapa besarnya iman kita pabila merendah-rendahkan orang lain.
Berubahlah orang muda. Apa ertinya jika jiwa muda hanya dileceh-lecehkan dengan hiburan murahan, drama filem orang kaya makan nasik guna sudu sembang juta-juta dan dibuai-buai novel cinta syahdu langit ketujuh?
Bila lagi kesedaran akan ditemukan dalam semak samun, jika anak muda lupakan tanggungjawabnya yang paling penting untuk marah?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak