Selasa, 26 Julai 2016

Usai membaca post cikgu kelas mengajar artikel beberapa hari lepas pasal pencetus ummah, aku teringatkan satu perkara.

Hujung tahun lepas, yakni bulan Disember lalu, aku ada tinggalkan dua, tiga komen di Instagram grup The Muhibbain. Ahh, aku tahu jenis macam hang yang tak beriman ni mana kenal dengan The Muhibbain. Tapi, takpa, itu bukan ceritanya.


The Muhibbain ni grup nasyid alaf baru. Dress up pun hipster kemain. Dan - pro yahanana. Sungguhpun begitu, aku tak pernah dengar lagu-lagu dia. Jangan ditanya macam mana aku jenal depa. Cuma aku perasan Andy Flop Poppy ada main gitar untuk grup ni disamping vokalisnya adalah mamat yang pernah mengganggotai Fabulous Cat dulu (cuba hang bagitau apa nama dia?) 


Sebab apa aku komen dalam instagram The Muhibbain?


Cerita dia macam ni.

Hujung tahun lepas ada event KL Berselawat. The Muhibbain turut terlibat malah diterajui oleh geng habib dan ada dua menteri yang turut serta iaitu Ku Nan dan Zahid Hamidi. The Muhibbain punya beriya ajak semua orang pi berselawat dan depa kerap dok promo flyers KL Berselawat kat instagram. 

Satu hari sebab geram sangat, aku letak komen "Macam mana kalian boleh berada di satu pentas dengan manusia yang bencikan gelandangan?" (lebih kurang macam tu lah yang aku tanya) 

Lepas tu The Muhibbain jawab soalan aku dengan membalas komen "hidayah itu milik Allah"

Aku pun tak tahulah samada nak menangis atau tidak bila baca jawapan macam tu. Samaada dia paham ke tidak soalan aku, atau aku ni jenis kurang cahaya iman bila baca jawapan yang macam takdak kena mengena.


Apa kena mengena sikap sensitif dengan hidayah?


Adalah lagi komen-komen antara kami berdua. Aku dah tak berapa ingat. 


Aku tak faham sebab apa kebanyakkan orang-orang berimej kental relijius tidak sensitif. Tidak berprinsip. Tidak bersifat melawan . Entah dari mana depa membaja sikap "sangka baik" tak kena gaya ni? Adakah agama yang dibawa mereka begitu lembut sehingga sanggup berdiri sebaris bersama korupsi? Apakah mereka tahu agama itu tidak pernah dan tidak akan berpihak kepada kerosakkan?


Hmm, banyak lagi sebenarnya kalau nak ditulis. 

Nantilah, malas jugak cerita bab Yahanana ni. Satgi hang berkobar-kobar komen kat bawah melarat dari wahabi ke syiah ke keluar 3 hari etc etc. 

Aku nak sambung baca apa yang orang asal Gua Musang pertahankan kampung depa yang dicemari iblis kapitalis. Cerdik lagi depa dari kita yang berlagak tukar seminggu sekali smart phone.


"Tuhan kamu bukan Allah, tapi kapitalisme!" kata orang asal kepada Pejabat Tanah Gua Musang.


Mau berlubang terus kepiah kena ayat macam ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak