Ahad, 31 Julai 2016

TALLULAH



Dalam dunia, selain nikmat kesihatan, hidup, bernafas, blablabla, kita 'diberkati' dengan nikmat seni.

Terlalu banyak musik yang bagus-bagus, buku-buku yang belum dikhatamkan dan filem-filem indah dibikin untuk dirayakan umat.

Bang,
Seni bukan macam sains; punya fakta dan detail untuk memperjawab setiap inci persoalan. Seni datang untuk disenyawakan, membelai jiwa dan antara aku dan kamu paham kita terhadap sesuatu seni sangat berbeza.

Seni bersifat intim, personal, sensitif. 
Jadi kalau hang kata seni tu maksudnya Gegar Vaganza, Abam Bocey, Suamiku Mr. Perfect 10 atau Ayda Jebat, tiada lagi apa yang boleh aku katakan selain dari berdoa supaya hang lekas bertaubat.

Tallulah, filem baru lakokan dahsyat Ellen Page mesti ditonton. Tak mahulah aku nak review sebab aku rasa malas nak atur ayat satu persatu menjelaskan betapa power yang amat filem arahan Sia Heder ni.

Filem yang ada jiwa seperti juga musik dan buku pasti mencetak kesan-kesan mendalam dalam kotak hati penerimanya. Tallulah mengajar kita erti kasih sayang, kehidupan, hubungan manusia, kekeluargaan,cinta bahkan konflik terwujud membuat manusia mengambil risiko walau di mata kasar ia merupakan satu kriminal.

Jangan cari Tallulah jauh-jauh. Berjabat tanganlah dengan PopcorTime. Pasti secara instan dia mempertemukan kamu dengan perempuan free spirit hebat bernama Tallulah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak