Isnin, 1 Ogos 2016

AKU RASA AKU NAK KENA TULIS BENDA NI

Dalam tulisannya Letter To A Young Muslim, Tariq Ali menegaskan pendiriannya dalam bentuk jawapan kepada soalan yang selalu didengdangkan, 
'Do you think we Muslims are clever enough to have done this (merujuk kepada tragedi 11 September) ?

Dengan jawapan kritikalnya, "Yes", Tariq pula bersoal, "why so many muslims sunk in this torpor? Why do they wallow in so much self-pity? Why is their sky always overcast? Why is it always someone else to blame?

Insiden di Pulse Bar, Orlando adalah satu insiden tembakan rambang yang besar selepas tragedi 11 September. Seramai 50 orang mati, lebih dari 53 yang cedera parah. Penembaknya, Mosteen juga mati setelah dijinakkan peluru pasukan polis. 

Macam macam cerita pasal Mosteen ni. AJ + menyiar video tentang Mosteen yang dikatakan mempunya masalah mental. Berdarah Afghanistan dan dibesarkan di New York, Mosteen mempunyai  "masalah" apabila melihat kaum gay. Bekas isterinya juga mengatakan yang sama; Mosteen mengalami bipolar, cepat marah, bengis, ganas - menyebabkan keduanya berpisah. 

Mosteen tidak mempunyai ramai kawan, dia bekerja sebagai pegawai sekuriti walaupun selalu dipersoalkan kelayakkannya menjaga keselamatan. Beberapa hari sebelum kejadian, Mosteen dikatakan selalu berkunjung ke Pulse Bar dan beberapa jam sebelum dia menggila, Mosteen menelefon 911, memberitahu sokongannya terhadap IS.

Kita tak pernah lupa 3 tahun lepas 3 muslim amerika yang dibunuh hanya kerana menganuti ajaran Islam. Kita tak pernah lupa apa yang terjadi di Paris, tika kelas masyarakat biasa berhibur di konsert malam minggu. Kita tak pernah lupa bom yang meletup di kota London. Kita juga takkan pernah lupa letupan demi letupam yang mengorbankan orang awam di Beirut. Dan mana mungkin kita melupakam etnik rohingya disembelih, kampung mereka dibakar, keadilan mereka dinafikan oleh sami sami murtad ajaran sebenar buddisme.

Tidak!- kita takkan pernah lupa setiap,titisan darah yang dialirkan si maniac terhadap nyawa nyawa yang tak berdosa

Kebencian adalah penyakit.
Seperti dikatakan Danny, watak yang dibawa Edward Furlong dalam filem sub-budaya American History X, "hatred is gabbage."  

Pagi tadi aku baca projek dialog, dia screen shot komen komen bodoh dari orang orang kita dalam page siakap keli pasal kejadian orlando shooting. Ada yang bersyukur gay dan lesbian mati, ada yang berdoa supaya 500 yang cedera tu pun turut mati. Dari siapa kebodohan dan sifat kebencian ni depa belajar?

Perbezaan agama, warna kulit, ras keturunan, gender, bangsa atau kecenderungan seks seseorang tidak menghalalkan manusia lunatik macam IS, Mosteen, tok sami gila di myanmar mengambil nyawa manusia yang berbeza dengan depa. 

Kebencian mesti diperangi. Mesti dilawan. Mesti ditentang habis habisan. Dan kebencian hanya boleh ditumpaskan dengan rasa cinta.

Dah bila sebut pasal cinta, jangan pula hang dok pi tulis puisi pasal cinta jiwang karat meleleh. Cinta kat sini bermaksud menghormati, merai, perbezaan dan melawan ketidakadilan,keganasan. Bukannya cinta pantai merdeka. 

p/s pasal tariq ali cakap lagutu, hang pi cari sendirilah baca. Aku nak bukak puasa ni, tak sempat nak terang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak