Isnin, 1 Ogos 2016

DI ATAS PADANG HIJAU BERTEMPEK TAHI ITIK

"Education is the only antidote for poverty"

Ini adalah salah satu beribu perkataan diucapkan Morrie Schwartz kepada anak muridnya, Mitch Albom. Mitch tidak memanggil gurunya sebagai ''sir' tetapi sebagai 'Coach'.

Morrie jugak tidak menanggap Mitch sebagai seorang anak murid, tetapi sebagai seorang sahabat. 'To call you the name will help me to be your friend' , begitu kata Morrie kepada Mitch, kali pertama depa berdua jumpa di kelas. 

Morrie sudah pergi banyak tahun yang lepas.
Tetapi ceritanya, bagaimana dia menjadi inspirasi, menadah bahu yang bukan saja memikul beban pelajar malah sentiasa memberi pedoman bukan saja kepada Mitch tetapi jutaan manusia yang lain selepas buku mengenainya dikarang Mitch dicetak lebih dari 11 juta cetakan pastinya menjadi segumpal kekuatan buat kita menghadapi hari hari sukar yang mendatang.

Morrie mati setelah "berdamai" dengan penyakit ALS yang dihidapi. Menariknya, Morrie tidak tunduk kepada kebrutalan ALS. Dia mengamankan kesengsaraannya dengan sifat kemanusian yang menakjubkan, tidak menyerah kalah pada asakan ALS sebagai penyakit spesis "neraka" dan juga sifat kasih sayang cintanya yang agung.

Morrie mengajar 11juta pembaca bukunya, sekaligus mengumpulkan mereka sebagai anak-anak muridnya supaya mempunyai sikap. 

"Without love, we are broken wings" 

Seorang guru bukan ditugaskan untuk menyelesaikan masalah ungkapan algebra, masalah fisik kimia atau mengingatkan kita tarikh tarikh penting berkaitan sejarah semata. . Guru adalah sosok membentuk anak murid supaya menjadi manusia yang membumikan kemanusiaan dan berani berdiri dalam masyarakat yang dikawal tirani.

Seperti lain lain hari, hari guru juga setiap hari.
Cuma hari ini, guru bukan hanya dimartabatkan guru dengan berpuluh batang ros merah serta ungkapan syahdu di media sosial. Ia ialah hari pembuktiaan bahawa masyarakat memerlukan guru sebagai tulang belakang mereka dalam kehidupan. 

WACA
Queens Gardens

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak