Isnin, 1 Ogos 2016

PAS DAN AMANAH, MACAMLAH BAGUS SANGAT!!

Tak payah la sembang formula kemenangan umno. 

Memang bagus PAS kalah. Dia bukannya bawak aspirasi apa pun. Parti macam PAS ialah erti sebenar sebuah parti yang tiada pendirian, tiada konsistensi. PAS hanya konsisten dengan alasannya bila kalah, "menang kat syurga lah, Presiden nak jadi nelayan lah" dan seribu satu alasan bajet alim.

Nak menang macam mana cuba hang habaq kalau pimpinan dia sibuk bercumbu rayu dengan umno? 

AMANAH pun satu lagi pasal. Nak lawan Umno ke nak lawan PAS? Bawak mahathir tolong kempen, gaduh gaduh benci dengan PAS. Ini pun satu lagi parti yang tidak ada pendirian, hala tuju dan jangan haraplah nak konsisten. Baju dan logo pun kaler oren. Sapalah gamaknya yang pilih kaler lagu tu?

Janganlah korunk meratapi, frust menonggeng kekalahan depa. Depa memang wujud untuk kalah. Depa wujud untuk beri alasan alasan langit ketujuh supaya korunk sentiasa tunduk tak bangun-bangun dan faham realiti sebenar. Jangan sesekali korunk harapkan  usaha korunk pacak bendera, lepak di pondok panas, tampal poster muka calon parti senyum senget membawa sampai ke pagi tu usaha murni,saham akhirat, korban jiwa raga supaya bila parti korunk menang, parti korunk akan tundukkan korupsi, lawan mazhab kapitalisma, lawan jurang kaya-miskin, lawan penindasan, lawan sikap ketuanan, lawan segala maknenek cukai, gaji, keselamatan, sosial-ekonomi yang menekan-nekan.

Kalau dah hadi awang, mahathir, mat sabu, zahid, najib, lim kit siang tak boleh pakai, jadi apa orang muda, kelas pekerja, mahasiswa, masyarakat perlu buat?

Nak jadi anak muda panggil diri sendiri anarkis lepas tu lepak tepi ke? 

Memanjang rileks, buku pun jarang - jarang baca, buku ABC Anarkisme nak habiskan separuh muka surat pun dah macam nak mati, menulis pun kurang - adalah update sikit - sikit kat fesbuk kutuk rambut rosmah, kutuk najib, kutuk hadi awang, lepas tu banding malaysia dengan sweden/finland. 

Nak belajar mengorganisasi jauh sekali. Sebab kawan korunk  otai anarkis Sg. Petani cakap "brader, anarkisme mana boleh ada ketua, organisasi, kesatuan apa jadah semua tu, itu semua sesat lagi menyesatkan!"

Tapi, kalau tak belajar mengorganisasi, macam mana korunk nak tukar kemelut politik, sosial ekonomi masyarakat? Macam mana nak ajak kaum pekerja, mahasiswa, petani, peladang, nelayan,cikgu, kelas masyarakat faham, bersatu, senada  seirama berpropaganda membina alternatif? 

Errico Malatesta dah tulis panjang pasal ni tahun 1897 lagi. Anarkisme dan Organisasi yang dikarangnya menyerang sekumpulan kaum anarkis Itali yang menolak idea berorganisasi dalam bentuk kepartian, program dan kongres.

" dalam hal ini juga, organisasi merupakan hal yang berguna dan perlu. Jika gerakan beerti keutuhan-individu-individu yang berupaya untuk mencapai tujuan bersama-maka sangat alamiah bahwa individu-individu tersebut harus bersepakat, berganding kekuatan, berbagi tugas dan melakukan langkah langkah yang dianggap dapat mewujudkan tujuan bersama tersebut. Jika tetap terisolasi, setiap individu bertindak atau berupaya sendiri tanpa koordinasi, tanpa persiapan, tanpa mewujudkan upaya kelompok yang kuat, maka hasilnya adalah kemandulan, mensia siakan upayanya dalam tindakan kecil yang tidak efektif, dan segera kehilangan arahnya dan mungkin berakhir menjadi pasif seutuhnya"

Paling syahdu bila Malatesta bersabda, "kita kaum anarkis tidak ingin membebaskan rakyat; kita ingin rakyatlah yang membebaskan dirinya sendiri. Kita tak percaya pada kebaikkan yang datang dari atas dan dipaksakan, kita menginginkan munculnya cara hidup baru dari dalam tubuh rakyat sendiri dan berhubungan  dengan kondisi perkembangannya dan terus berkembang saat rakyat juga berkembang"

Hmm, 3 hari lepas aku "into the wild" jauh dari hubungan fesbuk demi bersama keluarga tercenta-bersahur, berbuka, menyembang perihal cerita lama, gelak sana gelak sini. 

Ini kali tulis sikit punya panjang sebab nak beringat, bila najib bubar parlimen 2,3 tahun lagi, kita semua pakat pakat tak duduk atas lantai mendongak tengok elitis politik berceramah atas pentas macam nak runtuh langit.

Manalah tahu, masa tu anak muda, kelas pekerja, mahasiswa dah pandai, dah punya sesuatu yang jelas untuk menggugat parti parti mainstream yang dok ada sekarang. 

Tapi kalau semua kalut dengan hudud lagi masa tu, elok aku padam saja tulisan ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak