Tak seorang dari kita pun sanggup digelar seorang yang bukan nasionalis.
Mana mungkin kita merasa bahagia dengan gelaran sebegitu rentetan dari anggapan masyarakat terhadap kita yang sewenang-wennag tidak punya maruah dalam mencintai negara.
Bahkan dalam aktiviti seharian, kita semahunya berhempas pulas membuktikan yang tindak tanduk kita itu walau sekecil mana pun praktisnya - itu adalah bahagian dari semangat nasionalis, semangat cintakan negara.
Dari menyarung sehelai jersi pasukan bola kebangsaan, membeli produk-produk tempatan sehinggalah baru-baru ini cinta kita pada negara dibuktikan dengan kesemua bangsa samada melayu, cina ataupun india bersatu bersorak bagai mahu gugur bintang di langit saat menonton pertandingan badminton peringkat olimpik antara Dato Lee Chong Wei dan seterunya dari China, iaitu Chen Long.
Soalnya, "bersatu" seperti apa yang kita maksudkan?
Apakah ia bermaksud hanya sekadar sokongan semata kepada pemain negara?
Ataupun "bersatu" itu hanya bermaksud temporari, saat pertandingan sedang berlangsung?
Lupakah kita, dalam negara yang sudah merdeka untuk 58 tahun ini, antara melayu, cina dan india masih lagi hidup bertumbuh dalam perbezaan?
Kita tidak mungkin dapat lari dari kenyataan bahawa Lee Chong Wei tidak akan diterima mamsuk ke Uitm sekiranya dia mahu melanjutkan pelajarannya. Lee Chong Wei perlu sedar bahawasanya kenyataan yang dirinya bukan seorang bumiputera meski dia dilahirkan di Malaysia. Kita semua perlu akui setelah puluhan tahun merdeka namun isu perpaduan dalam negara malaysia masih gagal dibereskan.
Nasionalisme sebenarnya perlu dilihat sebagai satu semangat yang intim dengan sifat angkuh dan mementing diri sendiri.
Lihat bagaimana akhlak nasionalisme berperanan saat pelarian Rohingya berasak-asak di perairan negara mencari perlindungan. Lihat juga bagaimana sikap nasionalisme mengatasnamakan kepentingan bangsa menafikan hak pekerja-pekerja imigran.
Di lapangan kenyataannya, nasionalisme bukan suatu wadah atau fahaman yang mampu membereskan permasalahan sosial-ekonomi. Realitinya, semangat nasionalis adalah modal bagi kaum elit, politikus borjuis mempertahankan hak-hak istimewa yang mereka miliki.
Apabila keadaan hidup semakin menyempit disebabkan kecurangan pemerintah, nyatalah saat itu pemerintah membawa idea-idea untuk menyamankan pemikiran masyarakat dari bertumbuh pemberontakan. Diingatkan kita tentang kesejahteraan yang sedang kita nikmati, dipesankan kepada kita akan hujah agama yang tidak redha kepada pemberontakan lagi-lagi jika pemerintah itu masih beriman. Semua helah dan tipu daya itu bertitik asal dari paham nasionalisme.
Tambahan pula perpecahan kelas-kelas di dalam masyarakat terhasil dari sistem hieraki (masalah ekonomi dan sosial) mestilah diyakini masyarakat sebagai sesuatu yang normal. Idea-idea nasionalisme terus ditabur ke dalam minda masyarakat untuk mempertahankan dan menjaga kesejahteraan kelas elit/borjuis.
Seperti yang pernah diungkap abang besar Mikhail Bakunin,
"saya tidak mengatakan bahawa kaum borjuis itu tidak patriotik, sebaliknya patriotisme, dalam bentuknya yang paling sempit adalah kebajikan untama mereka. Akan tetapi, kaum borjuis mencintai negara mereka hanya kerana, bagi mereka, Negara mengamankan hak-hak istimewa ekonomi, politik dan sosial mereka"
Jadinya, masihkah kamu berjiwa nasionalis?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak