Ahad, 25 September 2016

1.5 JUTA KEBANGANGAN

Aku rasa lebih elok kamu bawak bertenanang.
Beberapa hari lepas, selepas zahid hamidi cakap nak bawak masuk 1.5juta rakyat Malaysia kemari, hidup kamu jadi tak tentu arah. Kemain dahsyat kamu punya marah.
Panasnya hati kamu macam dipanggang el nino. Baca pulak kenyataan anak zahid hamidi yang nak tunggu amranfans kat padang mahsyar, lagilah tahap kesabaran kamu menipis.
Jiwa nasionalis kamu memberontak. Takdak masa nak rileks-rileks lagi dah lalu ia pun merusuh. Habis terbalik meja kerusi kedai masa kamu lepak minum kat mamak pukul 3 pagi dengan 2,3 member bergebang pong pang pasal 1.5juta bangladesh nak masuk malaysia.
Suara kamu keras betul. Kamu kata kalau tak dipertahankan, habislah malaysia, nama negara tak pasal pasal akan bertukar jadi banglasia. Selepas kamu sip cawan teh tarik yang ke-4, kamu sambung pidato berapi "kawan-kawan sekalian,dengan pertambahan pekerja asing ke tanah air kita ni akan merancakkan lagi kes kriminal dikalangan orang asing, orang muda duduk di rumah sangap takdak kerja, anak dara kita nanti habis disapu matbangla. Masa depan depa semua tergugat, generasi kita terencat. Dan percayalah, kemasukan 1.5 juta ini adalah rancangan si dajjal rotschild bermata satu dan bala tentera freemason nak melingkupkan tanah melayu ni, jadi PERCAYALAH!
Bersemangat betul kamu,kan?
Semangat macam ni kalau dibawak ke Syria, habisla semua IS dipotong kepala, lingkuplah Assad, bersepailah NATO, Putin, Amerika-tinggal sejarah. Dunia boleh jadi aman. Semua masalah selesai. Bolehlah kita semua sambung bergelak layan amranfans.
Tapi tak terfikir pulak kamu,
Bangladesh yang akan dimasukkan nanti bukan nak rampas meja kamu di kubikel berhawa dingin tu. Depa bukan nak ambil alih perangai kamu yang kerja di jabatan kerajaan lepak minum kopi gelak kuat-kuat pukul 10 pagi. Depa jugak bukan nak jadi supervisor kamu di BSN yang machine atmnya boleh dibilang dengan jari. Dan kamu kena faham, 1.5 juta bangladesh yang nak masuk nanti ni takkan jadi tukang jual insurans, jual pelaburan sambil canang tentang masa depan yang menggerunkan kalau kamu tak beli produk depa.
Depa semua dan yang mana dok ada sekarang termasuk nepal, myanmar-majoritinya diambil bekerja sebagai buruh binaan, kerja di ladang, jadi pak guard dan lain lain kerja berat.
Kamu mesti tahu, tokey-tokey developer, tokey-tokey ladang, reban ayam tu suka ambil pekerja asing sebab depa tak payah pening kepala bayar ikut standard gaji minima, tak payah bagi insurans/perlindungan, hak-hak demoratik di tempat kerja, tempat berlindung dan hak berpartisipasi dalam kesatuan pekerja-semuanya boleh diabaikan dengan mudah. Jadi,terdengarlah kamu sayup-sayup berita kes pekerja buruh ada yang mati sebab terlalu penat, gaji tak berbayar, kerja lebih masa tapi bayaran tak setimpal dan macam macam cerita lagilah.
Ini tak lain tak bukan kerana ketamakkan sikap jalang kaum kapitalis. Syarikat syarikat yang memanipulasi, mendiskriminasi pekerja imigran untuk pertukaran keuntungan yang lebih besar. Sapa yang tak mahu bayar gaji 4,5 ratus untuk kerja lebih dari lapan jam, insurans tiada, rumah kecil kongsi sampai sepuluh orang, kederat dikerah sampai keakhirnya untuk satu produksi yang beri pulangan yang maha cemerlang?
Itulah kamu. Bila cakap pasal kapitalis, kamu buat mulut muncung macam mulut ikan. Habis sangat, kapitalis yang kamu tahu ialah makcik tepi jalan jual nasik lemak 3bijik ikan bilis.
Tapi, seriuslah, baik kamu bawak bawak bertenang.
Sebabnya harini kepala otak aku satu hari jem memikirkan macamana kamu tergamak cakap kerajaan bawak 1.5 juta bangladesh ke sini adalah kerana perancangan freemason.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak