Ahad, 25 September 2016

JANGAN BIMBANG CHE, INI BUKAN TULISAN MENYAMAKAN KAMU DENGAN MUKHRIZ, SI ANAK MANJA


Aku nampak ramai yang post gambar Mukhriz.


Salah satu dari gambar tu tertulis,


"Biar mati berdiri dari hidup melutut".

Kalau hang pernah tengok video konsert Rage Against The Machine, mesti hang perasan ada satu poster yang selalu ditampal di amp guitar Tom Morello.

Itu poster sosok seorang revolusioner. Namanya Che Guevara. Masa sekolah menengah dulu, punyalah aku jeles dengan Pali Ustard Whostards sebab di beg sekolah hijaunya dilekatkan patches muka Che Guevara.

Komandatte Fidel Castro pernah menghantar surat kepada Che, menjemputnya pulang ke Kuba selepas kestabilan yang Kuba kecapi hasil revolusi.

Che, seperti yang kita tahu seorang berjurusan kedoktoran, dengan rileks menolak untuk pulang.

Seorang Sosialis/Komunis sejati seperti Che lebih rela untuk terus bergerak secara gerila, bersikap militant untuk membebaskan benua amerika latin dari kaum imperialis/kapitalis.

Bagi Che, urusan mentadbir negara adalah kerja seorang ahli politik. Jiwanya bukan di meja pentadbiran dan Che memilih untuk berjuang di dalam hutan.

Akhirnya, Che ditemui mati, dipercayai dibunuh kerana dianggap "ancaman" politik dan juga kerana kerasnya kemaraan komunis/sosialis menentang aparat imperialis/kapitalis.

Antara kata kata keramat Che yang sehingga hari ini didengari ialah "Prefiero morir de pie que vivir siempre arrodillado" bermaksud "lebih baik mati berdiri daripada hidup melutut".

Apa yang ditulis di gambar Mukhriz dengan apa yang disebut tegas oleh Che membawa pengertian yang sama.

Tetapi, yang membezakan antara Che dan Mukriz Mahathir bekas MB yang kamu sanjung macam nak terkoyak langit tu ialah,

Che tidak lari dari perjuangan menjaja revolusi sehingga nyawanya diragut,

Sedangkan Mukhriz, selepas dua minggu krisis kerusi MB meletak jawatan dan balik rumah terus peluk mak.
Kahkahkah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak