Selasa malam lepas, Yan hantar aku ke stesen bas Sungai Petani.
Di dalam kereta, di sepanjang jalan,Yan asyik bercerita tentang kebesaran kerajaan Kedah Tua dan pertemuannya dengan seorang arkeologis di Lembah Bujang.
Di dalam kereta, di sepanjang jalan,Yan asyik bercerita tentang kebesaran kerajaan Kedah Tua dan pertemuannya dengan seorang arkeologis di Lembah Bujang.
Aku jarang-jarang baca pasal Kerajaan Kedah Tua, tetapi aku percaya bahawa kerajaan itu adalah kerajaan terbesar dan paling berpengaruh di dunia, mungkin lebih besar dari Empayar Melaka. Besarnya Kedah Tua kerana teknologi, tamadunnya, identiti dan budayanya.
Yan pula selalu membaca pasal Kedah Tua dan dia selalu menekankan betapa perlunya masyarakat meramas dan bernafas dalam sejarah bangsanya. Namun kata Yan, malang sekali, sejarah seperti itu tidak ramai yang ambil pusing dan kerana itu, bangsa kita bangkrup jati diri.
Arkeologis yang ditemui Yan berkata,
"kalaulah orang kedah tahu betapa besarnya dan betapa gahnya Kerajaan Kedah Tua satu ketika dulu, mereka pasti tidak membuang masa melarut dalam khayalan daun ketum."
"kalaulah orang kedah tahu betapa besarnya dan betapa gahnya Kerajaan Kedah Tua satu ketika dulu, mereka pasti tidak membuang masa melarut dalam khayalan daun ketum."
Aku sedang menghabiskan sebuah buku bertajuk "6 short essays and an article" karangan Andrea Levy,seorang penulis berketurunan Jamaica-British.
Levy, aku kira seorang yang mempunyai personaliti yang menarik. Mula serius menulis ketika umurnya di pertengahan 30an setelah menekuni kursus penulisan, hingga kini dia sudah menulis hampir 6 atau 7 buah novel. Tulisan Levy sangat peribadi, jujur, kadangkala lucu, dan dia sangat berbangga akan asal-keturunannya, seorang Jamaican.
Di helaian pertama buku itu, Levy mengakui, sebelum ini dia tidak mengenal dirinya, dia tidak tahu menahu mengapa emak dan ayahnya berhijrah dari Jamaica ke England (di zaman kolonial) dan dia tidak ada idea satu apa pun mengenai asal darah-keturunannya.
Ada di beberapa bahagian, Levy bersikap resisten terhadap Empayar British kerana kezaliman mereka terhadapa dunia, terutama sekali dasar-dasar kolonialisme, penindasan terhadap orang kulit hitam dan Levy menjelaskan kepada sekelompok pembacanya akan kecelakaan yang masih berparut saat zaman kolonial 'berakhir'.
Buku Levy membuatkan aku mengiingati nasib masyarakat di sini.
Walau aku bencikan sifat "superior", ketuanan bangsa atau berbangga dengan ras-keturunan, aku juga punya fikiran bahawa sesebuah bangsa yang dikatakan merdeka ialah sebuah bangsa yang egaliter, bebas, mempunyai jati-diri, budaya dan bahasanya dipelihara, dan sekali kali tidak akan bertoleransi terhadap setiap bentuk kerosakan.
Walau aku bencikan sifat "superior", ketuanan bangsa atau berbangga dengan ras-keturunan, aku juga punya fikiran bahawa sesebuah bangsa yang dikatakan merdeka ialah sebuah bangsa yang egaliter, bebas, mempunyai jati-diri, budaya dan bahasanya dipelihara, dan sekali kali tidak akan bertoleransi terhadap setiap bentuk kerosakan.
Saat ini, setelah berpuluh tahun merdeka, bangsa kita masih tidak pulih dari kongkongan. Identiti bangsa masih bercelaru. Sentimen bangsa dan agama menjadi dinding penghalang kepada perubahan. Kita sendiri memandang bahasa kita sebagai bahasa kedua setelah bahasa penjajah. Ekonomi, politik, struktur sosial, setiap satu darinya kita serahahkan bulat-bulat kepada kelas elit - kelas yang kita imani sebagai sosok berwajah suci, berkepak putih datang untuk menyelamatkan kita, keluarga dan masyarakat.
Kalau kamu pernah baca buku Mahathir, The Malay Dilemma, kamu pasti tahu Mahathir lah dalang yang menyemai benih-benih feudal ke dalam fikiran masyarakat. Mahathir, dalam upayanya yang paling halus berbisik kepada masyarakat khasnya orang melayu - mereka bangsa yang lemah. Kerana kelemahan itu,Melayu memerlukan kelas elit, kuasa politik yang didominasi kaum bangsawan untuk terus memartabatkan syiar melayu. (muntah!)
Rustam A Sani pula dalam bukunya "Asal Usul Kiri Melayu" pernah membincangkan soal peribadi dan pendirian orang melayu dalam acara politik. Kata Rustam, di tahun sekitar 1930-an, belum ada lagi parti politik terwujud melainkan kewujudan persatuan-persatuan yang bercirikan bangsa seperti Persatuan Melayu Selangor yang berperanan menjaga masalah-masalah kelaziman yang dihadapi bangsa melayu.
Semestinya persatuan-persatuan sebegini didominasi kaum elit bangsawan.Masyarakat melayu kelas biasa bersikap pasif dan tidak pernah mempertikaikan apa-sahaja tindakan elit bangsawan kerana menganggap "mereka orang bangsawan, sudah pasti mereka tahu akan tindak tanduk mereka."
Cerita Yan pasal kerajaan Kedah Tua membuatkan aku meyakini, sesuatu bangsa tidak dikatakan baik hanya kerana mempunyai sebuah kerajaan yang bagus, malah apa yang aku imani ialah, tinggi nilai sesebuah bangsa itu kerana sikap mereka yang berani dan bebas dari kongkongan.
Kita berada di suatu zaman di mana satu dunia boleh tahu di mana kita mencicip secawan kopi mahal, tetapi yang nyata kita juga masih berada di zaman 1930-an ; pemikiran, jatidiri, prinsip dan maruah kita masih serahkan kepada sebuah kelas yang menguasai setiap minit kehidupan kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak