Andai masa masih panjang dan diberkati kesempatan, ingin benar aku ketemu Malcom X.
Pengalamannya ketika dia mengerjakan haji mencetus ungkapannya yang sehingga sekarang menjadi asas kepada faham akan kesamarataan.
Perbezaan antara manusia ialah kesempurnaan. Bahkan perbezaan itulah manisfestasi kecantikkan.
Meski paham akan kesamarataan itu awalnya bukanlah datang dari Arwah Malcom, atau dari Martin Luther King atau dari Marcos Gravey atau dari mana mana figura sekalipun, bangsa manusia lah mesti mengimani yang kesamarataan ialah fitrah, kehendak immaterial yang tumbuh dalam setiap ruang jiwa seorang manusia.
Jadi kalaulah minit-minit itu wujud, aku mahu duduk menikmati secawan kopi bersama Arwah.
Dan soalan yang ingin aku benar-benar tanyakan kepadanya,
"Malcom, berapa lama mana lagi manusia harus mengecapi emansipasi?
Malcom,
Berapa billion manusia datang dari setiap ceruk, daerah dunia tekun bergerak setapak demi setapak mengelilingi struktur segi empat kiblat utama mereka mengharapakan rukun yang mereka jalani diterima sang pencipta, tetapi akhirnya, apabila menjejak kaki kembali ke tanah air, dirinya masih tebal dengan rasa superior dari bangsa dan warna kulit yang lain?
Berapa billion manusia menangisi akan dosa-dosa lampau,terkini di padang meluas, Arafah - teresak esak mendambakan diri diampuni Tuhan yang Esa namun apabila pulangnya ke kampung halaman, ketimpangan yang berlaku semakin meresahkan tidak pula diperbaiki malah dibiar merosak, berulat dalam cara hidup masyarakat.
Malcom,
Baru baru ini The Guardian mengkhabarkan,
"In excess of €3.3 billion of weapons were licensed for export to Saudi Arabia during the 1st year of Yemen war."
Yemen sedang terbakar, Malcom. Malang sekali api panas, peluru-senapang, mortar yang menghanguskan lelaki- perempuan dan anak-anak mereka ialah si syaitan Saudi Arabia.
Andai saat ini kita dikejutkan perkhabaran negara Palestin dibom, seberapa pantas respons kita terhadap rejim Zionis?
Lalu Malcom,
Apakah yang membuatkan kita kaku saat mendengar keselingkuhan Saudi Arabia?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak