Ahad, 25 September 2016

SEMESTINYA UNTUK KESAYANGAN , MY LOVE RAPID KL

Aku rasa aku dah cukup bersabar dengan karenah Rapid KL.
Dua hari lepas, aku sampai Maluri pukul 1248 tengah hari setelah dua jam lebih terpacak, terbongkok teebongkok dalam tren paling efisyen di asia tenggara.

Eh, silap.
Di Dunia!

Petangnya pula aku terpaksa menunggu hampir 30 minit untuk masuk ke dalam perut tren sebelum bergerak menuju ke Gombak. Yang datangnya semua tren kontot bajet kiut. Selepas 30minit, barulah yang empat gerabak tu datang. Hang imajin sendirilah berapa ratus orang yang berpusu pusu masuk. Muka masing masing masam mencuka, nak tangkap pokemon dalam tren pun tak lalu dah. Dengar pulak polis bantuan terjerit jerit suruh penuhkan bahagian dalam buatkan aku rasa macam nak muntah!

Walaupun marah dengan perangai angkuh Rapid KL, aku tetap bersabar. Mencarut tetap juga mencarut cuma tidaklah sampai nak mengamuk berlari bawak parang di platform menunggu.

Jadi kesabaran yang aku tuliskan di sini membuktikan kesabaran aku itu lebih bermaruah dibandingkan dengan pengurusan tren Rapid KL.

Sebenarnya yang nak aku ceritakan di sini ialah pertemuan dengan seorang abang yang aku temui di stesen Gombak pagi rabu lepas. Abang tu orang Kelantan, tinggal di Kuala Lumpur sudah 16 tahun. Dia bekerja di sekitar Jalan Ampang. Kami berborak borak sementara bertaruh kesabaran menunggu kemunculan tren.

Aku kongsikan intipati artikel yang aku baca pagi tu mengenai jam kerja dan kualiti hidup di Denmark. Dalam artikel berkenaan, penulis menyatakan kepentingan jam kerja dan hubungan sosial-kekeluargaan. Di Denmark, mungkin disebabkan kualiti ekonomi yang mereka kecapi (aku tak menyangkal ekonomi dunia masih dimonopoli Kelas kapitalis), masyarakatnya sedar akan kepentingan bekerja efisyen (jam kerja mereka kurang dari lapan jam) selebihnya jam-jam hidup mereka tertumpu kepada perkembangan diri (self development), hubungan sosial, hubungan kekeluargaan yang berkualiti.

Ertinya, selain mencapai status ekonomi yang baik hubungan sosial mereka menjadi semakin bagus.

Jadinya, aku terangkan kepada abang tadi, disebabkan kondisi ekonomi kita yang semakin parah, membuatkan kita terpaksa tunduk kepada majikan kapitalis - memperjudikan sebahagian besar kederat kita dengan tukaran ganti yang sedikit demi kelangsungan hidup.

Dan ya, lapan jam atau lebih yang dipertaruhkan di ruang tempat kerja menjadi lebih bebal apabila kita didorong menghabiskan masa di jalan raya pula. Membuang masa di jalan raya atau menunggu perkhidmatan transportasi awam seperti Rapid KL bersamaan membuang duit demi kelestarian syarikat korporasi besar.

Akhirnya, tumpuan hidup kita kepada perlembangan diri sendiri, keluarga, sosial semuanya terkena tempias.
Ia tidak lebih seperti kitaran hidup yang cukup sempurna ; menyerah diri untuk keuntungan kelas borjuis.

Abang tadi terangguk-angguk mendengar cerita buhong aku.
Kami kemudian masuk ke dalam tren bangang yang baru datang.

Dalam hati aku (mungkin abang tu jugak) berkata,
"Shit, patutnya aku mc saja harini!"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak