Pertama tama kali, marilah kita menangisi kebodohan Timbalan Menteri Besar Kelantan dalam kenyataannya semalam, "Pembalakan boleh henti, jika bayar royalti minyak"( FMT, 4 Oktober 2016).
Dengan kuasa dan pengaruhnya sebagai orang kedua paling penting dalam negeri dan juga dikenali sebagai seorang ulamak ahlus sunnah, kebodohan Nik Amar terlalu memalukan sehingga tidak mampu disorok walau dalam ketayap putihnya.
Perkara sebeginilah yang kalian mesti gelisahkan. Sebuah negeri yang begitu beriya iya nak melaksanakan suruhan Tuhan, sebenarnya tidak terlepas dari ditunggangi syaitan neoliberalisma.
Realitinya, neoliberalisma tidak langsung mempedulikan samada negeri berkenaan serambi mekah atau tidak, negeri paling beragama atau tidak - yang paling utama dan paling penting ialah keuntungan laba hasil menjarah hasil bumi.
Di Kelantan, gelaran ulamak hanya tinggal pada kebesaran,kemuliaan nama. Gelaran ini begitu 'immortal' sehinggakan masyarakat terdidik supaya tidak boleh menegur, mempersoal keintegritian mereka. Siapalah kita nak dibandingkan dengan mereka yang penuh ilmu agama di dada, ye tak?
Namun, kebenaran tidak akan sesekali berbohong. Kerajaan mereka yang diterajui barisan kaum alim agama tidak pernah ada kemahuan untuk mengubah sistem - mereka, malah berpeluk sakan, bercumbu rayu dengan kebrutalan neoliberal.
Bukankah 2 tahun lepas ketika banjir paling buruk berlaku di Kelantan, ada seorang MP Pasir Mas bernama Nik Abduh mengatakan "Banjir petanda PAS mesti usaha laksana hudud" (Malaysiakini 25 Disember 2014). Walhal, apa yang sebenarnya terjadi ialah kegiatan pembalakan mega sedang berlaku di kawasan Lojing yang mengakibatkan kecelakaan yang terpaksa dilalui seluruh kelas masyarakat biasa sehingga ke hari ini.
Pembalakan di Kelantan bukan baru terjadi sebulan dua. Cubalah 'google' tentang kegiatan pembalakan di negeri itu dan bersedialah kalian untuk terkejut beruk bagaimana ganasnya kaum pemodal (yang tentunya mendapat izin dari kerajaan negeri) menarah hutan di Kelantan.
Dan sekarang, kaum orang asli sedang berpenat lelah mempertahankan hutan mereka dari terus dilanyak syaitan kapitalis.
Saudara saudari sekalian,
Mempertahankan bumi dari dimusnahkan adalah kerja mulia. Orang asli Kelantan bukan sahaja mempertahankan rumah dan kawasan tadahan air kerana keperluan mereka semata; bahkan mereka menyuarakan perlawanan untuk kita, manusia yang kini dirundung krisis perubahan iklim dunia.
Hutan yang dimusnahkan bukan saja mengakibatkan rumah tempat tinggal kaum orang asli musnah,malah beratus, mungkin beribu spesis habitat haiwan turut tercelaka.
Tidakkah kalian tahu, proses kemusnahan hutan untuk tujuan apa sekalipun telah mengakibatkan beribu haiwan liar mati, ekosistem terganggu, asap jerebu yang meribut, banjir besar, dan yang paling pasti kondisi bumi yang semakin menderita?
Di saat-saat yang semakin mendebarkan, di mana kalian ketika kaum Orang Asli berseorangan menentang sifat barbarik kerajaan negeri dan syaitan kapitalis?
Mentang-mentanglah hutan yang menjadi tempat tinggal kaum Orang Asli itu bukan rumah kalian, sedikit pun kalian tak peduli. Mentag-mentanglah orang asli yang sedang dibuli itu ada yang tidak beragama, hati kalian sedikit pun tidak tercuit hiba.
Kalian tidak langsung bernafsu untuk mati syahid sebagaimana tergedik-gediknya sikap kalian ketika bumi Palestin dan bumi Syria diletup-letup oleh rejim fasis. Kalian menutup mata saat anak-anak orang asli menangis menyaksikan rumah mereka diranapkan. Kalian mengunci mulut ketika pokok-pokok balak ditebang, hutan dirompak, hak orang asal dirampas, haiwan-haiwan mati setelah habitatnya dibakar.
Benarlah kata Faisal Tehrani dalam novelnya "Bagaiman Anyss Naik Ke Syurga" Mengapa orang kita rasa menolong Palestina lebih bersyurga kalau Penan di halaman sendiri diperlakukan sebagai mangsa?"
Dr. Jane Goodall, seorang enviromentalis/aktivis alam sekitar dalam video Human yang diterbitkan 11 September 2015 berkata , "The biggest problem that we have as enviromental activists is to fight the power of money. Because there is absolutely no question. People in government truly agree, when I talk with them, that this mines should not go ahead, that dam should not be built, Monsanto should not be allowed to test its seeds here. But when it's time, it's corruption, really. The might of money, the corporations that hold the goverments in their hands, because of lobbying power, it is really frightening."
Untuk itu, solidariti, sikap empati, mengambil peduli dan mengorganisasi perlawanan sahajalah yang akan menumpaskan kuasa modal. Solidariti tidak bererti apa pun andai kalian menjangkakan pulangan dalam nilai wang ringgit, kelebihan yang kalian akan nikmati saat kejayaan muncul.
Kerana itu bukan tujuan utama solidariti, itu hanyalah sikap tamak, bodoh, ketidakpedulian dan angkuh yang kalian warisi dari tradisi amalan kapitalistik.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak