Sabtu, 29 Disember 2012

EDDY SILLITONGGA : LEJEN GRUNGE MALAYSIA

Bagi yang tak pernah dengaq nama Eddy Sillitongga, gua nak cakap satu ja ; lu orang budak budak baru nak up. Itu sebab nama figura lejendary ni pun lu orang tak cam. Kalau lu nak dengaq cerita ke'lejendari"an Eddy, teruskan baca. Kalau tak,lu boleh dok jauh-jauh buka Utusan Online .

Eddy Sillitongga ni seorang watak grunge di Malaysia yang paling mahsyur. Dia lepak dekat area-area Seattlewangsa. Zaman dia ni zaman grunge tengah di puncak. Semua budak muda semuanya nak jadi grunge. Rambut nak panjang, baju nak kemeja kotak-kotak, seluaq nak yang koyak kat lutut dan kasut mesti Jack Purcell atau Converse kaler hitam yang separa barai.

Tapi imej tak penting sangat. Ya, penting la jugak, tapi tak sepenting knowledge bro. Kalau ada knowledge, secara automatik imej sampai. Bila lu kaya knowledge, seluaq jeans lu tak koyak pun tiba-tiba nampak rare dan grunge habis.

Dengan knowledge yang penuh di dada, Eddy tak pernah lokek untuk curah ilmu kepada budak budak grunge Malaysia, khususnya budak Seattlewangsa.  Harapan Eddy, bila depa dah maju nanti, depa tak lupa untuk mencurah bakti kepada negara .
Budak-budak time tu memang dahagakan knowledge dari Eddy. Depa semua petang-petang pi kuliah Eddy dekat taman permainan di Seattlewangsa. Lu jangan buat-buat terkejut kalau gua kata, budak Thailand pun pernah mai kuliah Eddy kat taman tu!

Boleh dikatakan tiap-tiap petang, Eddy mentarbiah budak budak dengan knowledge dia. Kelas kuliah ni dia buat free ja, atas kecintaan Eddy terhadap scene grunge. Dari topik "Ancaman Kapitalis, "Anti-Establishment" sampailah sub-sub topik kecik, semua dicover dalam silibus Eddy. Sekali sekala, Eddy bukak topik "Solat 5 Waktu", Eddy sound budak - budak "Grunge-grunge jugak brader, solat jangan tinggal . Lu solat tukaq seluaq koyak lu tu, pakai kain, nanti tak sah solat. Lagi satu, spare kain pelikat dalam beg sendeng kalau pi BB".

Gua hampir terlupa pulak nak cerita. Sambil Eddy berkuliah, dia berniaga air jagung secara kecil-kecilan buat modal nak jamming. Gua cakap lu,air jagung Eddy lagi grunge dari Album Butterfinger, 1.2milgram! Lu kalau rasa rugi tak dapat dengaq album tu, lu lagi rugi tak pernah taste air jagung Eddy. Sumpah!

Ada satu ketika tu, budak-budak Soundgarden pernah turun KL. Bukan ada show, tapi saja backpacking di Malaysia. Depa dengaq kata baju bundle kat Campbell Plaza yang paling champion. Bila depa turun sini, depa dengan cerita pasai si Eddy ni. Depa teruja dan menjemput Eddy jamming sekali.
Lu nak tau apa reaksi si Eddy ?
Slumber ja Eddy sound Chris Cornell kat budak Soundgarden yang lain tu. "Gua benci mainstream sama macam gua benci URTV. Lagipun tali guitar gua putus la. Air jagung pun tak siap bancuh lagi ni. Nanti customer gua dahaga sapa nak tanggung?"

Tapi lu orang jangan cerita kat orang lain la. Cerita ita ni habis kat sini je la ek. Sebenarnya, Eddy tak jamming sekali sebab duit nak tong-tong jamming tak cukup. Itu jer..

Chris Cornell tak puas hari gua cakap lu. Dijajanya cerita Eddy ni Rockstar terlebih. Ada lagu yang tak direkod oleh Soundgarden yang ditulis pasal Eddy. Tajuk tu silap gua, "The Guy That Sold Fresh Corn Juice". haram tak sedap pun. Itu la fitnah orang lagi. Lagu pun hampeh. Yang hairannya, budak-budak grunge sini boleh pulak terpengaruh. Dari satu cerita berkembang la cerita fitnah yang lain. Kata Eddy dah sell out la, ego terlebih la, menconteng arang di muka scene grunge Malaysia la. Dan yang paling hina, budak budak fitnah Eddy dah angau bercinta dengan Mila, anak Tok Penghulu Kampung Dato Keramat.

Eddy Sillitongga tau cerita busuk ni dah menular dengan cepat sekali. Sampaikan dalam zine pun dah cerita pasal isu Eddy ni. Time tu, gua rasa zine-zine waktu tu dah berfungsi macam majalah mangga. Setiap keluaran sell out pulak tu. Dengaq member gua sembang kata Editor salah satu zine yang buat cerita Eddy ni dah mohon lesen  KDN nak buat keluaran secara mainstream.

Eddy cool ja Tapi yang tak sedap duit bisnes air jagung dah tak jalan. Apek cina yang petang petang dok tai chi kat taman permainan pun dah boikot air jagung Eddy. Hidup Eddy makin susah. Macam ni la caranya, gelaplah masa depan Eddy nak beli Pent House dekat Ukay Perdana.
Jadi, malam tu Eddy lepak dengan Abang Mat Rasta dan luah perasaan. Abg Mat bagi semangat pada Eddy supaya jangan putus harapan. Eddy kemudian mintak izin balik rumah, sebab dah malam sangat. Nanti apa jiran cakap pulak balik rumah malam-malam buta. Abang Mat Rasta pesan,jalan elok-elok. Anjing liar banyak la ni dekat kawasan perumahan kita ni.
Tengah berjalan, Eddy menjerit "Hei, Pergi mampus la korang semua. Grunge konon! Esok aku nak kerja kat Citibank la!!"

Eddy senyum puas. Ada semangat baru datang lepas dia menjerit meluah perasaan yang terbuku dalam sanubari.Tiba-tiba dia pulak terkejut dengaq ada orang menjerit

"Hoi Lahabau! Diam la, terjerit-jerit tengah malam apa hal?"

2 ulasan:

  1. Hoi apa ko merepek ni hanat

    BalasPadam
  2. haduh, tersengeh aku baca part eddy nak keje city bank hahaha by the way, nice grunge scene ever

    BalasPadam

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak