Rabu, 1 Februari 2017

BELETIAQ # 4

Baru baru ni AJ+ menyiarkan video ucapan terakhir Barrack Obama.
Aku antara jutaan yang menonton video tu.
Sebenarnya aku tak fokus apa yang Obama cakapkan. Tak, bukan tujuan aku untuk dengar teliti apa yang dia nak merepekkan. Aku cuma mahu melihat aksi terharu kerana dalam dunia yang diperintah elit politikus, menjual "simpati", perasaan "terharu" adalah modal niaga mereka paling laris.
Masih teringat Mahathir menangis di PAU?
Sampai saat yang aku tertunggu-tunggu tiba. Obama mula memberi ucapan terima kasihnya kepada Michelle, isterinya dan anak mereka. Mata Obama mula berlinang, begitu juga dengan Michelle. Obama menyampaikan penghargaannya kepada sang isteri kerana pengorbanannya sebagai isteri dan ibu di sepanjang tempoh administrasi Obama.
Benda terharu dan simpati begini cukup meloyakan. Setelah hampir 8 tahun memerintah, banyak nyawa terkorban, banyak negara yang hangus, dasar dasar imperialisma bersifat setan merebak ke seluruh pelusuk dunia, hari ini dunia seolah dipaksa mendengar suara sebak Obama.
Obama menang ke atas Clinton seterusnya melayakkan dia memegang jawatan Presiden pada 2008 adalah kerana pilihannya untuk tidak menyokong perang di Iraq.
Tetapi ingat! Obama dan seluruh jentera kerajaan Amerika masih teringatkan Afghanistan.
Tahun lepas, 2016 menyaksikan Obama telah melepaskan sebanyak 26,171 bom ke atas tujuh negara. Obama juga menjual senjata paling banyak antara 2008-2015. Ini melayakkannya menjadi Presiden Amerika paling banyak menjual senjata sejak perang dunia kedua. Arab Saudi membeli alat senjata dari Amerika yang menelan belanja sebanyak 115million dollar. Dan senjata brutal yang dibeli si celaka Arab Saudi digunakan menyerang Yemen semenjak dua tahun lepas. Obama pula berperanan meluluskan penghantaran "special operation forces" ke Yemen bagi membantu dajjal Arab Saudi. Perang yang masih meletus mengakibatkan 10ribu warga Yemen mati, 2.2 million hilang tempat tinggal, setengah juta kanak kanak terkesan. Setiap 10minit, kanak kanak Yemen mati kerana kebuluran, kurang nutrisi.
Banyak lagi kecelakaan hasil air tangan Obama tetapi ada lagi yang masih mengucapkan terima kasih kepada Presiden lahanat itu?
Trump bakal mengambil tempat Presiden nanti. Dasar Trump yang anti immigran, bersifat rasis dan akan mengeluarkan Amerika sebagai ahli kepada negara negara maju melawan perubahan iklim dilihat menggembirakan sesetengah orang.
Ada yang berpendapat kerana dasar Trump itu membuatkan Amerika akan berpaling dari siri perang perang yang sebelum ini mereka terlibat.
Naif.
Trump belum lagi melangkah. Belum lagi dia tidur di kamar White House. Namun soalannya, berapa ramai Presiden Amerika bebas dari melibatkan Amerika dari acara peperangan dan kegiatan imperialisma?
Bagaimana untuk kali ini, kita menanam kepercayaan Trump tidak akan terlibat?
Dan sejak bila pula kita beriman kepada elit-politikus?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak