Rabu, 1 Februari 2017

BELETIAQ # 5

akda benda pun nak re-cap tahun 2016 sebenarnya. Cuma aku nak kongsi hal-hal Whatsapp kat sini, lebih tepat lagi karekter-karekter ahli grup yang kadang-kadang memang macam gampang yang ada dalam grup whatsapp kita. Tak banyak mesti ada satu jenis karekter wujud dalam grup Whatsapp korunk macam aku senaraikan kat bawah.
Aku boleh hidup tanpa Whatsapp. Sebab aku bukanlah jenis mat gajet, mat teknologi macam hang. Sikit-sikit sembang henpon baru, sikit-sikit sembang pelan mana yang lagi bagus; celcom ke maxis? Takpun Yes?
Walaupun selalu disindir kawan-kawan satu ketika dulu sebab takda smartphone & Whatsapp, aku mampu je teruskan hidup macam orang lain jugak. Life aku okie je, takdak pulak ditimpa bencana. Tapi payahlah, bila mesej member ajak minum, member takmau balas sebab katanya susah la mesej sms ni; padahal macamlah aku tak tahu dia nak main Whatsapp pun menagih simpati wifi percuma kedai mamak belakang rumah. Susah konon!
Dibawah adalah karekter-karekter ahli grup yang selalu menambat hati aku. Hang tambahlah sendiri senarai karekter kalau ada yang aku terlepas pandang.
1. Jenis Pasif-dah nak masuk tahun baru esok ni, ada jenis member grup yang tak pernah sembang atau ambik bahagian sembang buhong dalam grup. Jenis ni aku perasan yang selalu clear chat, sebab malas nak baca, malas nak skroll, senang cerita malas bersosial. Konon sibuk dengan kerja la sampaikan nak reply mesej simpel pun loghat nak taip. Punya la pasif, kadang-kadang kita sendiri terpacul kekejutan "laaa, matyeh ada rupanya dalam grup ni (itupun selepas bertahun, baru perasan member ada rupanya dalam grup)
2. Jenis Hati Tisu. Sikit-sikit left group. Lepas tu satu pasal pulak budak budak grup suruh admin pergi slowtalk,pujuk mamat yang left grup tu. Sekali left takpalah nak pujuk, ini dah beratus kali left, beratus kali jugaklah si admin nak kena invite balik. Punca left grup ni boleh jadi macam-macam. Boleh jadi sebab bertengkar hal politik, ataupun jenis spisis takboleh terima lawak kasar member lain, ataupun jenis alim; tasuka bersubahat dengan budak budak grup yang kemain sembang lagha 24jam dalam grup. Tapi yang paling syahdu dalam kes aku, ada jenis yang sebelum left grup, karang ayat macam tulis wasiat, mintak ampun lah, puji memuji,lepas tu bagi alasan whatsapp berat kemudian dia cow terus.
3. Jenis suka bertengkar hal politik/bangsa. Dalam banyak-banyak kes, aku paling geram sekali budak grup yang macam ni. Bukannya pasal apa pun, depa jenis ni pasal beli roti gardenia dengan roti massimo pun boleh jadi kerja. Konon nasionalis lah, takpun malay power. Ada jugak jenis fanatisme, baik dari umno ataupun geng pembangkang. Mula dengan satu isu, tapi lepas bila perang taip berlangsung, mesti ada budak grup lain dok menyelit dengan mesej bajet kelakar,konon nak balance kan perbincangan.Akhirnya, discussion politik habis takat tu sahaja. Tak pernah langsung capai kata putus. Tunggu lagi dua bulan, depa bergasak lagi benda yang sama. Dan begitulah kitarannya sampai berbunyinya tiupan sangkakala.
4. Jenis pendamai. Yang ini selalu ada bila tengah perang debat. Orang lain tengah dok tegakkan hujah masing-masing, tetiba ada sorang hantar mesej berbau damai; selalunya ayatnya akan berbunyi lebih kurang macam ni, " kita kan semua dah berkawan lama, sejak sekolah rendah lagi, takmau lah pasal politik kita bergaduh teruk-teruk". Jem terus!
5. Jenis suka copy-paste. Salah satu spesis gampang yang paling aku meluat. Spesis ni lah yang suka baca mesej panjang gila-kemudian dengan rasa bertanggungjawab forward dekat grup. Macam-macam cerita depa kongsikan. Cerita kedai kicap tak halal, kedai sayur fucuk campur babi lah, hal rezeki berkat walaupun gaji seribu sebulan, sampailah kisah kawin dua,tiga semuanya geng ni tapau. Bila kita tanya kesahihan cerita yang depa dok copy-paste, selamber depa cakap "kita copy-paste dari grup sebelah jer". Dah bila bila masa aku gajikan hang untuk dok copy-paste cerita panjang macam jahanam kat grup hari-hari?
6. Jenis bajet alim. Inilah karekter yang selalu akan hantar mesej berunsur agama, hantar nasihat, hantar hadith, hantar pesanan ketua penjaga kunci kaabah kat kita. Paksa pulak kita baca sebab kalau kita tak skroll habis lepas tu delete, kita pulak yang berdosa. Ironinya, geng ni jugaklah yang mengada ngada hantar mesej lawak malam jumaat. Ada hari, depa hantar mesej gambar pompuan takpakai baju. Konon-konon nak melawak lah. Macam haram jugak perangai depa ni, tapi kita sabar je lah banyak-banyak. Nak kick dari grup tak sampai hati pulak.
7. Jenis suka mintak ampun. Asal masuk tahun baru, maal hijrah, ataupun hari jumaat terakhir dalam bulan/tahun tu, kawan kita jenis ni suka mengarang ayat-ayat sedih campur terharu nak mintak maaf. Hairan betul, mintak maaf apa sangat-sangat ni? Banyak sungguh dosa hang kat aku, kan?
8.Jenis tahi mengumpat. Ini selalunya terjadi kat grup-grup budak pejabat. Asal tujuan buat grup sebab katanya senang nak communicate hal kerja. Sehari dua memanglah mesej pasal hal nak siapkan kerja pejabat, masuk seminggu mulalah dok bergosip hal bos perangai setan, hal budak pejabat malas piang, mulalah meluahkan perasaan macam dia sorang ja buat kerja, yang lain goyang kaki. Itu tak betul, ini tak kena. Aku pun tesesat jugak dalam grup ni sejak dah ada Whatsapp. Aku mohon sangatlah nasihat dari hang-macam mana nak keluar dari grup macam ni? Bosan betul!
Setakat lapan karekter sajalah aku tulis. Kesemua karekter yang aku tulis ni semuanya berjaya menyerabutkan jiwa aku, nasib baiklah iman sedikit yang aku ada ni berjaya membuatkan aku terus bersabar dan tersenyum menerima mesej mesej cegampang.
Boleh bagitau aku, yang mana satu karekter hang?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak