Khamis, 23 Februari 2017

BERLETIAQ #6

Hari tu aku baca status Mut pasal Nur Sajat. Lebih kurang macam ni lah dia tulis, dia tak kisah Sajat tu macam mana, tapi dia heran macam mana bini hang sebelum kawin body macam Sajat tapi lepas kawin jadi gemuk. Mut tanya hang bagi bini hang makan apa?
Tergelak aku baca. Ingatkan aku kepada kawan aku yang cakap laki dia suka dia makan banyak.
Tapi sebenarnya bukan bauan sinikal posting Mut yang menangkap perhatian aku, sebaliknya aku tertanya-tanya siapa pulak dah si Sajat ni?
Berhari hari jugak aku terkenangkan soalan siapa Sajat. Tapi aku malas google, malas bertanya sehinggalah Tuhan temukan jawapan dari soalan remeh aku.
Petang kelmarin abang zamri hantar video. Riuh budak-budak dalam grup merespon. Mungkin video tu hadiah kepada semua budak grup selepas berpeluh peluh selama 8 jam menuang komitmen kepada karier tercinta.
Aku pula tak bukak pun, dan tidak juga aku delete. Tak suka aku amik pot video pelik-pelik ni. Nanti-natilah tengok aku fikir.
Malamnya pula aku ke Hiro beli barang dapur bersama sang qudus dan pari pari polka dot. Sementara menunggu pari pari pilih ayam, aku bawak sang qudus lepak dekat bahagian majalah. Sang qudus belek satu majalah dan aku pula ambil majalah fesyen lokal Eh! kalau taksilap. Cover depan muka Izara apa ntah nama penuh dia.
Aku selak sehelai demi sehelai sampailah aku jumpa satu kolum interview. Aku tengok gambar-gambar yang menghiasi kolum ni seorang perempuan segak berkerjaya.
Aku mula baca kolum ni bila aku heran dok baca si wartawan sibuk tanya hal khunsa, hal peribadi, hal maruah, hal keluarga perempuan tu. Tup tup, aku nampak nama perempuan tu Nur Sajat-nama yang dok buat aku berfikir beberapa minggu ni. Balik rumah aku bukak video bang zamri bagi. Nah, video Sajat! Semuanya dah terjawab!
Jadinya harini, semua orang yang aku jumpa aku tanyakan pasal Sajat. Tak lupa aku tanyakan kawan kawan dalam Wasap. Maka bermulalah topik Sajat. Macam biasa keluar habis bab moral, bab hukum, bab dosa-pahala. Bab sosialis pun keluar juga. Kahkahkah. Nak lagi syok membawa sampai ke kisah lipat kain baju ni kerja suami ke kerja isteri?
Serius gila topik Sajat ni. Padahal aku nak cerita pasal aku dah jumpa siapa Nur Sajat. Nasib budak budak grup aku jenis power tak kecik ati macam hang.
Benda macam ni nampak macam remeh tetapi auranya serius brader. Tak keterlaluan kalau aku cakap kebanyakkan masyarakat masih lagi dibalut stigma dan ketakutan yang merepek pasal kaum-kaum begini. Kita akan jadi bertenang dan okie bila kaum begini masuk untuk diwawancara tv Al-Hijrah. Masa tu masing masing perasan yang dia akan dihadiahkan syurga tertinggi kelak.
Terlupa pulak kita mereka bertarung untuk masuk dalam kelompok masyarakat yang menganggap mereka kotor dan mesti disisihkan.
Kita kalut bab macam ni tapi tak pulak kita kalut bab pemerintah menyusahkan hidup kita hari-hari. Tak pulak kita pong pang pong pang bila ada majikan tindas pekerjanya. Pedulikan kes keganasan domestik. Benda macam dah nak selesai bila kita berkumpul ramai-ramai kat padang merbok. Jamil khir pun dah bagi sokongan minggu lepas.
Sekarang cuba bagitau aku pasal apa yang hang kalut sangat pasal Nur Sajat? Bila masa Sajat menyusahkan hidup hang hah jebon?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak