Khamis, 9 Mac 2017

TUBUHNYA STALINISME RAMBUTNYA KIM JONG UN

Jadi, di mana sepatutnya kita bermula?
Kerana kali ini seperti sangat sukar menjahit baris baris awal yang dramatik lagi menggongcangkan.

Dan mungkinkah ketidaktentuan ini ialah sumpahan; mengenangkan krisis demi krisis, ketegangan demi ketegangan, kekusutan yang pantas berselut di setiap minit dan jam langsung menyulitkan otak kita memproses keadaan semasa yang semakin kompleks?

Ketegangan hubungan diplomatik antara Korea Utara dan Malaysia merupakan suatu lagi siri drama politik yang mencemaskan selain dari drama-drama ulangan ketirisan perbelanjaan kerajaan, salah laku ahli politik, debat suci Zakir Naik, daulah RUU35 dan semestinya kos sara hidup umpama pisau tajam yang menoreh dompet sehingga rabak.

Tetapi kali ini, drama ulangan itu semua tidak lagi penting. Yang paling penting sekarang, sampai bila ketegangan antara rejim sosialis palsu Pyongyang dan negara ahlus sunnah seperti Malaysia akan berlarutan? Adakah pertelingkahan ini bakal menyaksikan situasi yang kita semua takuti menjelma?

Bermula dengan pembunuhan abang tiri Presiden Korea Utara iaitu Kim Jong Nam di Lapangan Terbang Kuala Lumpur dua minggu lepas kemudian berlarutan dengan pertikaian Pyongyang terhadap undang-undang Malaysia, isu kedutaan, isu warganegara yang berada di kedua-dua negara dan ura-ura perang (?) seperti yang hangat dibincangkan sekarang. (lihat laporan astro awani 8 mac, Krisis Malaysia-Korea Utara dalam fasa ketegangan, bukan perang - Penganalisis).  

Nah! Dek kerana halnya perang disebut, maka terpaksalah yang menerima Br1M, yang permohonan Br1M nya ditolak, yang membangkang, yang menyokong, yang bekerja lebih masa sebab nak tampung keperluan - semuanya mesti melupakan persengketaan lalu. Sudah tiba masanya mereka bersatu di atas panji patriotisma. Kerana siapa lagi yang mesti mempertahankan kedaulatan negara dari dibuli Presiden berambut petak bermata sepet itu?

Tunggu dulu!

Usah laungkan seruan jihad lagi. Apakah kita sudah mengenal Korea Utara sedalam-dalamnya? Atau pengetahuan kita terbatas sekadar mengetahui Korea Utara memiliki banyak bom, Komunis tak percaya tuhan dan Presidennya yang kerap bermuka masam?

Jika merajin-rajinkan diri membaca blog "backpackers", sudah ramai "backpackers" menulis pengalaman mereka tentang Korea Utara. Kebanyakkan yang indah-indah, tidak seperti yang digembar gemburkan. Pemandangan yang spektakular, udaranya nyaman dan cara masyarakatnya berpakaian juga dicatat golongan "backpackers". 

Walaupun begitu, bukanlah perbuatan kriminal jika mengatakan Korea Utara seperti terperuk dalam dunianya "komunis"nya sendiri.  

Seorang teman penah berseloroh mengatakan tiada seorang pun penduduk Korea mengenali legenda Bob Marley. Entah dia cuba membuat kelakar atau kenyataanya itu benar-benar betul. 

Tetapi mengapa Bob Marley? Benarkah masyarakat Korea tidak pernah mendengar lagu-lagu reggae bikinan Bob Marley? Apa sebenarnya yang hendak disampaikan dari pernyataan seumpama itu?

Penubuhan Korea Utara bermula pada tahun 1945 dan pengisytiharan rasmi berlaku tiga tahun selepas tahun penubuhannya. Korea Utara atau nama rasminya Republik Rakyat Demokratik Korea pernah ditadbir tentera Soviet di bahagian utara semenanjung Korea dengan penubuhan Pihak Berkuasa Awam Soviet. Perlu diingatkan, Joseph Stalin meluluskan serangan ke atas Korea Selatan memandangkan pembangunan senjata nuklear Soviet dan juga kemenangan Mao Zaedong di China yang bakal memberi sokongna ketenteraan kepada Korea Utara. 


Dari segi budaya tradisional, Korea Utara mempunyai banyak persamaan dengan Korea Selatan melainkan kini anak-anak muda Korea Selatan terkinja-kinja dengan budaya K-POP sedangkan anak-anak muda Korea Utara masih erhindar dari budaya keji. Manakala seni sastera Korea Utara dikawal kerajaan. Media juga dikawal ketat oleh kerajaan. Walaupun kononnya mengamalkan kebebasan bersuara dan akhbar, media dengan kawalan kerajaan hanya dibenarkan melaporkan berita yang indah-indah sahaja. Sementara berita berkenaan masalah politik, ekonomi dan kritikan terhadap kerajaan tidak dibenar sama sekali. Media memainkan peranan mengekalkan personaliti Kim Jong-il dengan kerapkali melaporkan aktiviti hariannya.

Korea Utara tidak mempunyai akses kepada rangkaian Internet global, tetapi disediakan di seluruh negara, Intranet awam perkhidmatan yang dipanggil Kwangmyong, yang mempunyai berita domestik, perkhidmatan e-mel, dan menapis maklumat dari laman web asing (sumber wikipedia).

Dari segi politik pula Korea Utara mengamalkan sistem satu parti yang membawa maksud sistem berkerajaan yang mempunyai hanya satu parti yang dibolehkan membentuk kerajaan dan parti-arti lain tidak boleh mencalonkan ahli-ahlinya di dalam pilhanraya.Presidennya disembah, dan tiada siapa pun dapat menyanggah hala tuju politiknya dan pendiriannya. Presiden mempunyai "maqam" tertinggi dan tidak boleh dipersoal.

Sosialime sejenis ini mengingatkan kita kepada ketakutan Bakunin akan idea "Sosialisme State"  seratus tahun lebih dahulu. Walaupun dikatakan tahap pertumbuhan ekonomi, sistem pendidikan dan penjagaan kesihatan yang baik, Korea Utara seperti kebanyakkan negara komunis zaman ini menyaksikan kebebasan yang menjadi prinsip asal kepada sosialisme dikhianati. Seperti yang ditunjukkan Bakunin, “Kekuatan dan kekuasaan menyalahgunakan mereka yang menggunakannya seperti halnya orang-orang yang dipaksa untuk patuh padanya.” (The Political Philosophy of Bakunin, hal 249) 

Jika fesyen rambut antara masyarakat dan kelas pemerintah dibezakan bezakan dan terhad kepada beberapa jenis potongan, apatah lagi kongkongan dari sudut sosial-ekonomi yang jelasnya mewarisi budaya perhambaan. Amnesty, The New York Times dan beberapa media antarabangsa kerap kali memberi laporan bagaiman Korea Utara telah melanggar hak asasi manusia di kalangan rakyatnya sendiri. Mereka tidak bebas memberi pendapat, pemikiran mereka dikontrol kelas pemerintah, dan tidak bebas dalam membuat pilihan sendri.

Bagi Bakunin ini adalah kengerian yang berlangsung kerana kebrutalan negara. Meski "beralaskan" idea "state socialisme" , seperti yang dikatakan Kroptokin negara yang berteraskan kekuasaan dan hukum akan terus mengekplotasi kelas bawahan. Kerana negara adalah sumber tetap hieraki paling teratas - kelas pemerintah akan sentiasa memperhambakan kelas masyarakat untuk menuruti setap aturan kehidupan yang sudah ditetapkan. Apa yang sedang berlaku mengingatkan kepada kita bahawa saat ini sosialisme negara mencurangi cita-cita sosialis sejati.

Noam Chomsky pernah mengeluarkan kenyataan paling tegas dalam hal ini,
"Jika aliran kiri dipahami dengan memasukkan Bolshevisme, maka aku dengan tegas memisahkan diri dari aliran kiri. Lenin adalah salah satu musuh terbesar sosialisme"

Benar Korea Utara antara negara yang memiliki kekuatan militeri yang terkuat di dunia, tetapi ia bukanlah manfestasi sebenar sebuah wilayah sosialis/komunis sebenar. Oleh kerana itu, janganlah selepas ini kita masih mengakui komunisme itu sejenis negara seperti Korea Utara.

Saat ini, bolehlah kalian meanggap tulisan ini sebagai satu serangan terhadap kediktatoran rejim Pyongang. Tetapi janganlah pula kalian mengganggap ianya satu bentuk patriotisme, semangat kebangsaan kerana dari awalnya ia tidak bertujuan begitu.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak