Ahad, 2 April 2017

BELETIAQ #7

Sekolah Menengah Asma dan Kolej Sultan Abdul Hamid di Aloq Staq memiliki hubungan klasik yang sangat intim.

Kerana prestijnya, jenamanya, bau bauan eksklusif semerbak yang bertebaran di persekitaran sekolah dan jangan kita pernah lupa kedua dua sekolah merupakan antara sekolah tertua di Kedah.

Oleh sebab itu di zaman aku bersekolah, budak sekolah Asma dan Kolej sering bertaut. Budak sekolah Asma (kesemuanya perempuan) digambarkan sebagai anak orang kaya, paling cantik, paling cerdik, paling terer main pancaragam. Manakala budak Kolej pula (kesemuanya lelaki) dipotraitkan sebagai mat hensem, cerdik, anak orang kaya, pandai main bola dan paling penting - bawak skooter pasang radio kuat kuat bajet kool.

Dah macam cerita utopia, budak asma mesti jatuh hati dan bercinta cintun dengan budak kolej. Budak kolej pula asal pergi tuisyen mesti sekali dengan budak sekolah asma.

Cumanya budak sekolah Convent adalah mimpi ngeri budak sekolah asma. Walaupun jatuh ditangga kedua, budak sekolah Convent merupakan saingan penting dalam memiliki hati budak Kolej. Dari segi paras rupa, depa boleh tapau budak asma. Dalam hal akademik aku tak pasti-mungkin lebih kurang budak sekolah aku atau budak sekolah aku lebih terer dari depa. Budak Convent adalah jelmaan Megan Fox - wild & elegant.

Budak kolej tu semua seronok lah. Kiri kanan pompuan berebut.

Itu yang membuatkan aku dan kutu kutu sekolah mergong & sekolah teknik meluat gila kat depa (baca : asma dan kolej). Mungkin sebab iri hati, tak cukup "Yusry KRU", tak cukup kaya dan kayuh mountain bike ke sekolah membuatkan kutu kutu sekolah mergong (dan aku percaya sekolah lain yang menerima nasib yang sama) berjemaah mengeji, mengutuk dan memparodi budak kolej dan asma.

Sungguhpun begitu, budak sekolah kami dirahmati dengan Rage Against The Machine. Ada yang kurang bernasib baik terjebak sebagai rempit.

Selebihnya kami merawat kedengkian kami dengan berfoya foya di kompleks Peruda (lepas tuisyen specialist) dan City Plaza pada setiap hari Sabtu.

Itu je yang aku nak cerita sebenarnya.

Pagi tadi masa aku tekun "iron" baju kotak kotak, aku teringat pasal post-post pasal budak SPM dapat result.

Tiap-tiap tahun adalah sejenis "abam / kakak" nak beri nasihat-nasihat membosankan.
Macam-macam nasihat nak diberi. Konon nak cakap walaupun Subjek Sejarah dia dapat 8 dan lain lain subjek dapat 7 pun boleh pakai Mercedez sekarang lepas jual produk kosmetik.

Tak bosan ke tiap-tiap tahun tulis post yang sama?Apa pasal semua orang nak ambil alih tugas Fadzilah Kamsah?

Padahal nak riak. Ntah bahagia ntah tidak hidup hang sekarang? Sudah la nasihat boring, pakai pulak gelaran "abam".

Tapi aku fikir, tak ada faedahnya aku tulis benda SPM ni. Lagipun dah seminggu ke dua minggu budak-budak tu terima result. Dah habis teriak gamaknya yang dapat result tak berapa elok tu.

Tahun depan ingatkan aku, kita sama-sama taruk posting nasihat pasca SPM yang membencikan tu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak